Skip to content

12 TAMAN TEMA AIR TERBAIK HARUS ANDA SEKELUARGA KUNJUNGI

Kongsikan artikel ini
2 of 13

1. SUNWAY LAGOON

Terletak di bandar perumahan Sunway City, di daerah Petaling Jaya, negeri Selangor, taman tema air Sunway Lagoon adalah antara taman tema yang terkenal di Malaysia dengan keluasan 88 ekar dan menawarkan lebih 90 tarikan seperti  yang pasti akan membuatkan cuti sekolah anak anda lebih seronok!

Waktu Operasi: Taman tema ini memulakan operasi pada jam 7 pagi sehingga 9.30 malam pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat dan pada hujung minggu dan dan cuti am, ia akan memulakan operasi pada jam 9 pagi sehingga 9.30 malam.

Harga Tiket: Dengan satu harga tiket, anda boleh mencuba kesemua tarikan yang terdapat di Sunway Lagoon (kecuali untuk pay-per-ride). Bagi dewasa (13 tahun ke atas), tiket berharga RM17 manakala kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan warga emas (60 tahun ke atas).

Kemudahan: Jika anda bercadang untuk bermalam di sana, anda boleh menginap di Sunway Resort & Spa yang terletak di sebelah Sunway Lagoon. Anda juga boleh membeli-belah di pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Anda juga tidak perlu berjalan jauh untuk mencari makanan kerana Sunway Lagoon turut menyediakan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan untuk mengisi perut anda. Selain daripada aktiviti air, anda juga boleh mencuba pelbagai permainan seperti Pirate’s Revenge, Lost City of Gold Scream Coaster atau Grand Canyon River Rapids. Bagi yang menggemari karater kartun dari Nickelodeon, boleh mencuba taman tema yang bertemakan karakter Nickelodeon di Sunway Lagoon. Selain itu, anda juga boleh membawa anak anda untuk melihat kehidupan haiwan liar di Wildlife Park yang turut disediakan di dalam Sunway Lagoon.

Untuk lebih info, anda boleh layari laman sesawang Sunway Lagoon atau sosial media, Facebook, Twitter dan Instagram Sunway Lagoon.

2 of 13

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tanah Gajah Ubud Bali

OASIS PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU

Bacaan Lanjut

TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut