Skip to content

3 TIP MEMILIH LIFTING PARTNER

Kongsikan artikel ini

Motivasi serta dorongan diperlukan dalam apa jua yang kita lakukan, termasuklah ketika bersenam di gim. Lifting ataupun rutin mengangkat bebanan pasti bukan mudah. Atas sebab itu, anda digalakkan untuk mempunyai seorang lifting partner dalam memberikan galakan serta sokongan semasa anda workout dalam impian mendapatkan tubuh idaman. Namun memilih seorang lifting partner adakala sukar dan kesilapan pemilihan boleh membantutkan semangat anda. Oleh itu, GL senaraikan 3 tip pemilihan lifting partner yang berkesan.

1. LIFTING PARTNER KENA LAGI HEBAT

Pertama sekali, anda perlulah memilih seorang yang boleh dikira lebih hebat dari anda dari segi pengalaman, kondisi badan dan keupayaannya. Jangan pula anda memilih lifting partner yang masih baru. Pilihlah rakan-rakan anda yang mampu untuk memberikan anda motivasi dan nasihat berguna. Dan yang paling penting, anda perlu percaya yang dia mampu untuk menyokong dan membantu anda.

2. BIJAK BERI MOTIVASI

Lifting partner bukan bertindak membantu anda untuk mengangkat bebanan di kala anda bergelut dengan besi, namun perlu bijak dalam memberikan kata-kata dorongan. Ini kerana ada sesetengah lifting partner bukan mahu memberikan motivasi, namun sebaliknya. Menggunakan kata-kata kesat dan seterusnya melemah dan menghancurkan harapan dan impian anda.

3. MEMILIKI FIZIKAL IDAMAN ANDA

Sudah pasti pemilihan lifting partner mempunyai kondisi tubuh idaman yang anda idaman. Secara tidak langsung anda akan lebih bersemangat untuk bersenam dengan lebih konsisten. Misal kata, sekiranya anda ingin shredded, pilihlah seseorang yang turut memiliki tubuh shredded.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Julai 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut