5 FILEM BISNES BERDASARKAN KISAH BENAR WAJIB DITONTONI

Banyak kisah memaparkan latar cerita yang menyentuh hati tentang jatuh bangun seseorang dalam hidup, kerjaya, keluarga dan bisnes yang telahpun difilemkan, malah ia menjadi inspirasi buat kita untuk mencuba mencapai kejayaan yang diinginkan.

Ya, tidak semuanya datang dengan mudah namun dengan adanya filem-filem yang dicipta sebegini sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk kita cuba mencapai impian. Glam Lelaki menyenaraikan 5 filem bisnes berdasarkan kisah benar yang wajib untuk anda tonton.

1- The Pursuit of Happiness 

Filem ini menampilkan Will Smith sebagai watak utama Ketabahan dan kesukaran hidup yang dihadapi oleh watak utama menjadi subjek utama dalam cerita ini. Ia mengisahkan bagaimana seorang usahawan, Chris Gardner telah melaburkan semua wang simpanan keluarganya untuk membeli mesin pengimbas ketumpatan tulang mudah alih dalam jumlah yang banyak. Seorang usahawan yang berjaya akan sanggup bekorban masa, tenaga, kewangan dan sebagainya demi mendapatkan kejayaan dalam bidang keusahawanan ini. Kegagalan di awal perniagaan dianggap sebagai motivasi tidak melemahkan semangat untuk berjaya pada masa depan.

2. The Social Network

Filem yang pernah mencetus fenomena ini sewajarnya menjadi filem yang mampu untuk memberikan inspirasi kepada anda untuk berjaya. Film ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Mark Zuckerberg seorang mahasiswa Harvard yang menciptakan Facebook dengan bantuan rakan-rakanya. Namun, tidak semuanya datang dengan mudah apabila Mark dihimpit dengan pelbagai dugaan seperti pecah amanah, masalah kewangan, ketidakpercayaan dari orang-orang sekeliling dan banyak lagi.

3. Steve Jobs

Michael Fassbender menggalas watak berat penuh emosi Steve Jobs dan ternyata menjadi. Filem yang diadaptasi dari kisah hidup Steve Jobs ini sewajarnya menjadi tauladan buat semua. Fokus utama plot film ini seputar pelancaran perdana Macintosh dan kegagalannya, serta bagaimana Steve keluar dari Apple, sehinggalah di hari beliau mengeluarkan NeXT Inc. Di sebalik ketegasnya, tersimpul kerapuhan emosi dalamannya yang cukup menyentuh perasaan.

4. The Wolf of Wall Street

Watak Jordon dilakonkan dengan gaya bersahaja oleh pelakon berbakat besar Leonardo Dicaprio yang berkisar tentang seorang broker saham di Long Island yang dipenjarakan selama 22 bulan kerana menipu pelabur-pelabur dalam penipuan sekuriti besar-besaran pada tahun 1990an yang melibatkan rasuah yang berleluasa di Wall Street dan dalam dunia perbankan korporat termasuk pereka kasut, Steve Madden. Walaupun filem ini diangkat melalui kisah penipuan seseorang yang sanggup untuk menggadaikan intergriti dalam berniaga, namun ia boleh menjadi tauladan buat semua.

5. The Billionaire (Thailand)

The Billionaire merupakan filem inspirasi perniagaan tentang seorang anak muda yang berasal dari Thailand bernama Top Ittipat yang berjaya sebagai young entrepreneur dengan produk rumput laut miliknya iaitu Tao Kae Noi. Banyak dugaan yang dihidapi sehingga mengakibatkan dirinya terumbang ambing dalam melayari kehidupan namun atas semangatnya Top berjaya di akhirnya.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 March 2017

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.