Skip to content

5 KEBAIKAN WASABI LELAKI PERLU TAHU

Kongsikan artikel ini

Wasabi mungkin bukanlah makanan kegemaran mahupun pilihan rakyat Malaysia, namun wasabi juga turut punya kebaikanya tersendiri. Sedikit mengenai wasabi, Wasabia japonica atau Eutrema Japonica ditemui dan merupakan kalangan keluarga Brassicaceae berserta dengan kobis, lobak putih dan mustard. Ia seringkali dimakan sebagai sos ketika menimkati hidangan sushi. Akar wasabi digunakan sebagai perasa dan mempunyai aroma yang sangat kuat, dan ada dua jenis wasabi iaitu Daruma dan Mazuma. Yang pasti, banyak kebaikkan yang boleh kita dapat dengan menikmatinya. GL senaraikan 5 kebaikan wasabi perlu anda tahu dalam konteks kesihatan.

1. CIRI-CIRI ANTIMIKROB

Wasabi mengandungi agen antimikrob yang berguna untuk membasmi bakteria. Wap isothiocynates menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria, yis dan kulat. Sawa Wasabi digabungkan dengan ITCs blok Helicobacter pylori. Keupayaannya adalah untuk menghapuskan bakteria serta menjadikan ia satu hidangan yang terbaik pabila disediakan bersama ikan mentah. Ingat. Ikan mentah mempunyai kecenderungan untuk menarik lebih bakteria semasa penyediaan jika ia dimakan mentah.

2. MENCEGAH RADANG

Pes wasabi adalah agen anti-radang yang sangat penting kerana ia membantu dalam menyingkirkan masalah keradangan akibat kudis dan kecederaan lain.

3. ANTI KANSER

Ia berkaitan dengan makanan seperti brokoli dan kobis yang mana mempunyai bahan kimia yang boleh memulihkan kesihatan hati. Bahan kimia yang terkandung di dalam wasabi membolehkan hati untuk neutralize sedikit bahan bertoksik yang berada di dalam tubuh kita dan menyebabkan kanser. Wasabi mengurangkan risiko penyebaran kanser di tahap-tahap akhir.

4. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASKULAR

Oleh kerana ia mempunyai keupayaan untuk menghalang dari berlakunya pengumpulan platelet, wasabi membantu mengurangkan peluang untuk serangan jantung dan strok.

5. ELAK ARTHRITIS

Diet yang kaya dengan wasabi mempunyai ciri-ciri anti-radang yang mana mampu melegakan sakit otot. Ia membantu menghalang masalah radang. Dalam masa yang sama, kandungan isothiocynates di dalam wasabi turut menolong untuk menghindar masalah radang usus dan juga asma.

Sumber: Majalah Eh!, olahan Wan Mohd Firdaus, 16 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut