Skip to content

7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA

Kongsikan artikel ini

Wanita pada zaman kini, pastinya mendambakan seorang kekasih hati mahupun suami yang lebih tinggi daripada mereka. Sekiranya anda lelaki rendah, mereka tidak akan pandang langsung!

Ya, wanita di Malaysia secara puratanya berketinggian 158cm. Jadi lelaki ideal untuk wanita mestilah sekurang-kurangnya berketinggian 164 cm (6cm lebih tinggi). Jika tidak, bagi mereka ia kelihatan kekok dan mengundang kutukan?

Jika semua wanita di Malaysia mahukan lelaki tinggi, bagaimana pula dengan nasib lelaki rendah? Kasihannya. Kajian antarabangsa merekodkan 90% lelaki mahukan teman wanita lebih rendah daripada mereka. Manakala lebih 50% wanita mahukan teman lelaki lebih tinggi.

Apa? Hina sangatkah lelaki yang berketinggian rendah dari wanita?  Kami di GLAM Lelaki tidak setuju! Ini kerana ada sebab-sebabnya kenapa lelaki rendah lebih bagus untuk wanita.

7 SEBAB LELAKI RENDAH PASANGAN TERBAIK UNTUK WANITA

1. LEBIH MENGHORMATI WANITA

Lelaki yang selesa dengan teman wanita mahupun isteri yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat yang ada.

Lelaki tersebut secara terangan perasan ‘kekurangannya’ dan akan sentiasa menyokong kamu daripada merendahkan diri kamu. Dia sudah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.

2. SENSITIF

Lelaki Rendah Lebih Bagus Untuk Wanita Mengikut Kajian

Mengapa kami katakan lelaki pendek ini sensitif? Mana tidaknya, sudah pasti lelaki yang ”pendek” ini akan lebih memahami tentang perasaan bagaimana menjadi seorang manusia yang memiliki ‘kekurangan’ daripada sejak azali.

Ini sekaligus lelaki ini akan lebih bijak menjaga perasaan wanita dan tahu untuk menenangkan teman wanita / isteri apabila masalah membelenggu.

3. BERKEYAKINAN

Bayangkan, seorang lelaki yang rendah berjaya ‘menundukkan’ seorang wanita yang lebih tinggi. Ini membuktikan lelaki rendah tidak perlu bergantungkan kepada saiz semata.

Seadanya mereka serta ditambah dengan keyakinan membuktikan lelaki rendah sama hebat dengan lelaki lain yang lebih tinggi anda. You should be proud man! 

4. RENDAH EGO

Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering dipandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki ini mempunyai satu sifat yang lebih relaks.

Cuba bayangkan kalau kamu berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti kamu yang sukar untuk dicari ganti, kan?

5. ENGGAN TUNDUK PADA STREOTAIP

Lelaki Rendah Lebih Bagus Untuk Wanita Mengikut Kajian

Lelaki bertubuh pendek umumnya tidak peduli dengan streotaip mengatakan mereka tidak layak untuk wanita lebih tinggi dari mereka.

Mereka pasti lebih nekad dan tegas dalam apa yang mereka inginkan, dan pastinya isu ketinggian bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan malah mereka tidak bisa tunduk dengan kecaman dan pandangan serong umum.

6. HIDUP LEBIH LAMA

Apa benar dakwaan ini? Berdasarkan kajian terhadap 300 lelaki yang lahir di antara 1867 hingga 1915 di Pulau Sardinia, Itali secara purata lelaki dalam kategori pendek hidup 2 tahun lebih lama daripada lelaki biasa.

Hasil kajian ini menyamai keputusan 15 kajian yang dilakukan sebelumnya. Malah, mengikut statistik, majoriti lelaki di Pulau Sardinia ini dikatakan hidup lebih lama berbanding lelaki di negara-negara Eropah lain.

7. LEBIH KUAT BEKERJA

Kenapa kami agak yakin dengan kenyataan ini? Ya, secara psikologinya  menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi.

Seakan menganggap saiz mereka yang rendah satu motivasi, lelaki rendah dilihat dan tampak lebih berfikiran luas, kreatif serta rajin dalam memajukan diri berbanding mereka yang tinggi.

Teks Wan Mohd Firdaus

Pautan berkaitan: 9 CARA MUDAH UNTUK MENYEMARAKKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

By GLAM LELAKI
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut