Skip to content

ABDUL LATIF ROMLY PAHAT SEJARAH DINOBAT OLAHRAGAWAN KEBANGSAAN 2016

Kongsikan artikel ini

Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly mencipta sejarah sukan negara apabila dinobatkan Olahragawan Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2016 yang berlangsung semalam. Beliau yang berumur 20 tahun, melakar sejarah sebagai atlet kelainan upaya pertama dipilih untuk menerima anugerah berkenaan.

Photo credit: Instagram @latifromly

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Abdul Latif dan Siti Rahmah. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Berdasarkan laporan 

Bernama, Pemilihannya diputuskan Jawatankuasa Pemilihan ASN 2016 berdasarkan kejayaan cemerlang atlet dari Perlis itu yang berjaya meraih pingat emas, sambil tiga kali memperbaiki rekod dunia dan juga rekod baharu Sukan Paralimpik.

Photo credit: BERNAMA

Pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lepas, Abdul Latif yang beraksi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya iaitu 7.35 meter yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada 2015. Manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol pada Sukan Paralimpik London 2012.

Photo credit: Instagram @latifromly

Di Rio, atlet dari Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, Arau itu kali pertama mengatasi rekod dunia lamanya dengan catatan 7.47m pada percubaan kedua, diikuti 7.54m pada percubaan berikutnya sebelum memperbaikinya pada lompatan kelima pada jarak 7.60m.

Dalam pada itu, pesilat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir turut dinobatkan Olahragawati Kebangsaan 2016 yang juga atlet paralimpik (masalah pembelajaraan) meraih pingat gangsa di luar jangkaan dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) wanita di acara Paralimpik di Rio. Selain itu, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar dinobatkan sebagai Tokoh Sukan di atas jasa mereka dalam pembangunan sukan negara.

Berikut adalah senarai penerima anugerah yang berlangsung malam semalam:

1. Olahragawan Kebangsaan: Abdul Latif Romly (Olahraga — Para)

2. Olahragawati Kebangsaan: Siti Rahmah Mohamed Nasir (Silat)

3. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Tiada

4. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan: Siti Noor Radiah Ismail (Olahraga — Para)

5. Pasukan Lelaki Kebangsaan: Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (Badminton)

6. Pasukan Wanita Kebangsaan: Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong (Terjun)

7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan: R. Jaganathan (Olahraga — Para)

8. Jurulatih Wanita Kebangsaan: Chin Eei Hui (Badminton)

9. Anugerah Kepimpinan Sukan: Tan Sri Mohd Ali Rustam (Pesaka) dan N Shanmugarajah (MGF)

10. Anugerah Tokoh Sukan: Tun Jeanne Abdullah (Majlis Paralimpik Malaysia) dan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar (Majlis Olimpik Malaysia)

11. Anugerah Khas: Datuk Dina Rizal (Sports Unite) dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)

Sumber: Bernama

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 April 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut
rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut
15 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 35

15 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 35

Bacaan Lanjut