Skip to content

“ADA YANG KURANG PEKA, JADI INI SAJA CARANYA…” KREW KABIN KONGSI KISAH DI SEBALIK PENGUMUMAN LUCU YANG TULAR

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini video rakaman pengumuman keselamatan di dalam sebuah penerbangan tular di media-media sosial. Pengumuman tersebut diselangi unsur humor dengan telatah lucu dan menghiburkan. Rupa-rupanya, pengumuman tersebut bukanlah dibuat oleh juruterbang pesawat tersebut, sebaliknya diilhamkan oleh seorang krew kabin senior, Fitri Zubir. Jom ikuti temubual eksklusif GL bersama beliau kisah di sebalik pengumumannya yang viral itu.

GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan tentang latar belakang anda. Nama penuh, umur, adik beradik, kerjaya, hobi dan apa saja yang menarik tentang diri anda?

FITRI ZUBIR: Hye semua. Pertama kali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada editor web GL kerana sudi menghubungi saya. Baiklah, nama saya Muhammad Fitri Bin Zubir berusia 25 dan sulung dari lima beradik. Memulakan karier di bahagian perkhidmatan pelanggan di Celebrity Fitness Mid Valley dan seterusnya berkhidmat sebagai pramugara di Air Asia, kini Senior Cabin Crew. Hobi saya adalah bermain gim, futsal, hiking dan permotoran.

GLAM Lelaki: Kenapa memilih profesion pramugara?

FITRI ZUBIR: Profesion sebagai pramugara sejujurnya tidak pernah terlintas difikiran saya. Pada mulanya hanya mencuba nasib dan kebetulan di pelawa oleh seorang sahabat lama Rohit, untuk kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Alhamdulillah rezeki menyebelahi saya dan kini menjadi karier utama. Saya memulakan kerjaya ini pada Julai 2014 sebagai krew kabin, kemudianny dilantik sebagai Krew Kabin Senia pada September 2017 hingga kini.

GLAM Lelaki: Anda juga dilihat sentiasa tampil segak. Apa agaknya keperluan seorang pramuga untuk tampil segak dan tip yang boleh anda kongsikan bersama pembaca.

FITRI ZUBIR: Segak ini sebenarnya subjektif, tetapi bagi saya semua individu mempunyai persona tersendiri dan hanya orang tertentu mampu melihatnya. Tip untuk tampil segak sebenarnya bermula dari kebersihan diri sendiri. Bagaimana kita menguruskan diri kita. Nasihat saya’ “just be yourself and believe in you” #brocuba #abamtakkacak

GLAM Lelaki: Pengumuman yang anda cetuskan dalam salah satu penerbangan baru-baru ini nyata viral dan ditularkan. Kongsikan kisah di sebalik pengumuman tersebut. Adakah ianya dirancang atau sebaliknya. Apa yang bermain di dalam fikiran ketika itu, dan apa saja yang ingin anda kongsikan.

FITRI ZUBIR: Pengumumam tentang keselamatan sebelum penerbangan merupakan sebahagian dari tugas harian saya dan semua ini sudah saya lakukan sekian lama bagi menarik minat penumpang agar memberi perhatian. Ini kerana saya dapat lihat kebanyakkan para penumpang kurang mengambil perhatian terhadapnya. Ianya amat penting bagi setiap syarikat penerbangan dan juga penumpang kapal untuk fokus terhadap pengumuman yang disampaikan supaya mereka semua tidak panik dan tahu apa yang patut mereka lakukan jika berlaku sebarang kecemasan semasa penerbangan. Apa yang saya lakukan hanyalah sekadar inisiatif dan sedikit sebanyak membantu mereka untuk mengetahui prosedur kecemasan dengan lebih enjoy dan santai.

GLAM Lelaki: Sejauh mana kepentingan pengumuman ini dalam satu-satu penerbangan? Mungkin ramai yang tidak ambil endah akan hal ini.

FITRI ZUBIR: Sewaktu saya melakukan sebarang pengumuman niat saya hanyalah untuk mendapatkan perhatian mereka supaya apa yang perlu disampaikan, sampai kepada mereka. Kita sedar bahawa formaliti kadang-kadang tidak relevan dalam semua aspek, jadi apa salahnya jika kita mengambil pendekatan lain agar kedua dua belah pihak mendapat manfaat darinya. Apabila bercakap tentang pengumuman keselamatan, masyarakat perlu sedar bahawa pentingnya pengumuman, kerana ianya mampu menyelamatkan nyawa mereka. Sikap sambil lewa para penumpang tidak memberikan tumpuan kepada pengumuman keselamatan hanyalah mendatangkan keburukan kepada diri mereka sendiri.

GLAM Lelaki: Pengalaman pahit manis sepanjang bergelar pramugara yang dikenang sehingga kini.

FITRI ZUBIRL: Yang manis, sudah tentunya penularan video ini. Terbukti kesungguhan dan keikhlasan saya berkhdimat menyentuh / mengeletek hati para penumpang juga sekali gus memberi impak yang besar pada mereka malah juga pada diri saya. Yang pahit pula, saya pernah mengalami slip disc di usia muda pada tahun kedua sebagai krew kapal, lebih-lebih lagi ianya diklasifikasikan sebagai cacat kekal. Ramai yang tidak sedar tentang risiko dihadapi oleh kami yang menjalani rutin harian di atas awan. Circadian Rhythm (perubahan GMT) adalah antara risiko yang perlu dihadapi oleh krew kapal di mana fenomena perubahan waktu siang dan malam apabila berpindah dari satu negara ke negara lain dalam waktu yang sama menyebabkan sistem fungsi badan kami terganggu walaupun menjalani masa rehat yang mencukupi, tidak seperti mereka yang menjalani kehidupan seharian di darat.

GLAM Lelaki: Kata-kata akhir anda.

FITRI ZUBIR: Terima kasih atas kata-kata sokongan dan dorongan kalian, dan diharapkan penularan video ini dapat membuka mata masyarakat supaya lebih peka dalam SOP sepanjang penerbangan. Oh ya, kredit juga buat pemilik Instagam @@AzrulAkmal1216  yang menularkan video ini. Terima kasih semua.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 April 2019

(Foto: Instagram Fitri Zubir @fitrizubir)

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut