Skip to content

ADAKAH FACEBOOK BAKAL DITUTUP?

Kongsikan artikel ini

Apakah benar dakwaan ini? Mengejutkan namun tidak mustahil. Baru-baru ini, memetik laporan BBC, kerajaan Thailand memberi amaran kepada syarikat laman sosial gergasi, Facebook agar memadamkan semua kandungan sensitif yang berkaitan dengan keluarga diraja negara itu. Ini kerana masih terdapat 130 kandungan sensitif di platform media sosial itu dan Facebook diberi masa sehingga Selasa depan untuk membuangnya.

(Photo credit: bizonlineservice.com)

Isu ini kian tegang berikutan dengan penularan gambar dan video raja negara itu, Raja Maha Vajiralongkorn yang memakai baju singlet singkat dan kelihatan badannya dipenuhi tatu. Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan raja Thailand tersebut berjalan di sebuah pusat beli-belah bersama seorang wanita dan tersebar meluas dalam laman sosial tersebut. Malah, video tersebut juga menunjukkan Vajiralongkorn mempunyai sejumlah tatu di bahagian lengan, perut dan belakang badannya.

Buat pengetahuan anda, Thailand menjalankan undang-undang khas yang dikenali sebagai Lese-majeste untuk melindungi monarki tertentu daripada sebarang penghinaandan ancaman. Dan mengikut undang-undang Thailand, hukuman penjara sehingga 15 tahun boleh dikenakan kepada pihak yang menyebarkan bahan yang dianggap menghina kerabat diraja negara itu.

Penularan video yang menunjukkan Raja Thailand, Maha Vijaralongkorn memakai singlet singkat dan bertatu penuh di badan bersama seorang wanita. (Photo credit: Mail Online)

Minggu lalu, Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Thailand menghantar emel kepada Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg untuk menggesa pemilik laman sosial terbabit menyekat penyebaran video itu. Jadi sama-sama kita nantikan sama ada Facebook akan memadamkan atau tidak?

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Mei 2017

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut