Dengan lokasinya berdepan Teluk Parsi, restoran Amaseena di The Ritz-Carlton merupakan antara restoran Timur Tengah yang paling popular di Dubai. Menunya kaya dengan pilihan sajian rantau itu, yang ditukarkan setiap bulan untuk membawa para tetamu menjelajahi makanan dari negara-negara Arab yang berlainan. Kemasyhuran Amaseena melihatkan mereka tersenarai di TripAdvisor sebagai antara 10 restoran terbaik di serata Timur Tengah – daripada lebih 9,000 restoran kesemuanya!

Mujurlah, bagi foodies yang gemar mencuba sesuatu yang baru, anda tidak perlu terbang terus ke Dubai untuk menikmati santapan Amaseena kerana musim ini, hotel The Westin Langkawi Resort & Spa telah membawa Amaseena ke Malaysia. Sepanjang bulan Ogos tahun ini, Restoran Tide di The Westin Langkawi Resort & Spa akan dijadikan restoran pop-up Amaseena di Langkawi sempena satu pesta makanan Timur Tengah yang julung kali diadakan di pulau legenda itu.

Cef Rami Al Maket dari Amaseena, Dubai

Jujur pada nama Amaseena yang membawa maksud “malam kita”, pesta gastronomi ini diberi nama The Scents of Arabian Nights, merujuk ajnas aroma dan selera yang mewarnai warisan lauk-pauk Timur Tengah. Cef Rami Al Maket dari Amaseena bertindak selaku Ketua Cef yang mereka menu istimewa untuk The Scents of Arabian Nights, dibantu rakan setugasnya Chef de Cuisine, Hussam Al Hariri. Merentasi tanah Maghreb ke Semenanjung Arab, para tetamu akan berpeluang menikmati seleksi juadah tanah Arab seperti dari Maghribi, Syria, Parsi dan Lebanon, antaranya.

“Kami mahu memperkenalkan sajian autentik dari setiap wilayah,” jelas Cef Rami yang amat ramah dan murah melemparkan senyuman. “Setiap sajian itu punya sejarah dan ceritanya sendiri, dari asal-usul ramuannya ke kaedah masakannya, yang mahu kami kongsikan bersama.”

1 of 8

Antara Sajian The Scents of Arabian Nights

Muhamarah (kacang panggang hancur diadun dengan cili, delima dan jintan)

1 of 8