Skip to content

APAKAH ADA ‘KALI KEDUA’ UNTUK MILLER KHAN DAN AIN EDRUCE?

Kongsikan artikel ini

Melissa pulang dengan perasaan berbaur. Dia kegelisahan di kamar. Lantas kenangan lima tahun lalu menjelma malah masih segar diingatan. Ardiansyah menghubungi Melissa kembali dan cuba memujuknya bertemu. Walaupun berat di hati, Melissa akhirnya bersetuju. Pertemuan selepas lima tahun begitu kekok sekali. Hati jadi berbolak balik.

Lama-kelamaan perbualan jadi semakin rancak. Mereka selesa bersama. Perbualan bersambung di talian. Saling membalas pesanan Whatsapp dan berbual-bual di talian selama beberapa jam.

Pertemuan kedua menyusul dan mereka begitu mesra sehinggalah Ardiansyah menerima panggilan daripada ibunya. Wajah Melissa berubah tiba-tiba dan dia ingin pulang.

Ikuti episod kedua Inspirasi Cinta di bawah. Untuk menonton episod penuh, layari laman sesawang, www.inspirasi-cinta.com

Sesuatu bakal menemui anda pada bermula 9 April ini di Pavilion, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Blu Inc Media Sdn Bhd. Seiring dengan itu, enam majalah Bahasa Melayu di bawah naungan Blu Inc Media iaitu, EH! Cosmopolitan, Glam Malaysia, Glam Lelaki, Glam Deko dan Majalah Jelita mempersembahkan drama mini khas yang menampilkan gandingan hebat Miller Khan dan Ain Edruce. Mini siri ini mempunyai empat episod semuanya. Nantikan episod dua Inspirasi Cinta tidak lama lagi.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mac 2018