Skip to content

‘BORN LEADER’ KOLABORASI ISTIMEWA NIKE BUAT CRISTIANO RONALDO

Kongsikan artikel ini

Merecik! Itu yang dapat GL gambarkan pada sepatu sukan istimewa kolaborasi NIKE untuk lagenda bola sepak popular, Cristiano Ronaldo. Baru-baru ini, NIKE secara rasminya mengenalkan boot bola sepak ‘Chapter 6’ di mana rekaan ini diberi nama ‘Born Leader’, khas untuk memberikan penghormatan kepada kepimpinan dan sumbangan kapten Portugal ini.

Untuk pengetahuan, Ronaldo menjadi ketua pasukan Portugal semasa umurnya 22 tahun dan juga merupakan pemain Portugal terbanyak yang memakai lilitan tangan ketua pasukan dalam sejarah pasukan kebangsaan Portugal. Wo! Untuk model boot kali ini, warna biru laut dipilih sebagai gambaran kepada sejarah penjelajahan Portugal. Logo Swoosh turut disertakan bersama C yang memaparkan dirinya sebagai seorang kepten (captain).

Khabarnya, model CR7 Chapter 6: ‘Born Leader’ inu telah mula dijual di laman storan Nike bermula 20 Mac manakala kedai fizikal bakal menawarnya seawal 23 Mac.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mac 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 TIP BERGAYA DENGAN KASUT KULIT LELAKI

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut