Skip to content

Check-in bagasi lebih mudah dengan Rimowa

Kongsikan artikel ini

rimowa1

Jenama bagasi terulung Rimowa memperkenalkan budaya teknologi baru dalam dunia travel. Kini para pengembara kosmopolitan diberi kemudahan untuk check-in bagasi mereka tak kira pun di mana mereka berada!

Rimowa menawarkan bagasi digital bersepadu yang pertama, yakni RIMOWA Electronic Tag. Teknologi baru ini membolehkan anda check-in melalui app khusus pada  telefon pintar anda dan drop-off bagasi ke airport dalam hanya beberapa saat.

RIMOWA Electronic Tag disematkan dalam seleksi suitcase Rimowa. Tag elektronik ini membenarkan data bagasi daripada sesuatu sistem penerbangan dipancarkan terus ke modul data digital, menggantikan label kertas yang biasa digunakan sebelum ini.

Jadi anda boleh check-in bagasi anda dari rumah, hotel mahupun dalam teksi – terpulang kepada keselesaan anda. Setakat ini, teknologi ini disediakan secara eksklusif dengan rakan kongsi Rimowa, yakni syarikat penerbangan Lufthansa. Sistem ini akan sentiasa diperkembangkan ke rakan kongsi global yang lain. 

Produk-produk Rimowa yang dimuatkan dengan teknologi baru ini ialah Onyx, Salsa Deluxe, Salsa, Topas Stealth, Topas Titanium, Topas, Bossa Nova and Limbo.

rimowa2

 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi pautan ini.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut

ALAMI 2 FESTIVAL PALING UNIK DI THAILAND NOVEMBER INI

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

Bacaan Lanjut

KOLABORASI RIMOWA x PORSCHE UNTUK MENYATUKAN KELAS DAN FUNGSI

Bacaan Lanjut

PANDUAN DESTINASI KEMBARA 2022 BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA

Bacaan Lanjut

10 DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK UNTUK 2022

Bacaan Lanjut