RONALDO BAKAL TIMANG ANAK KEMBAR

Wah, selepas Beyonce dan George Clooney mengumumkan pada dunia akan mendapat anak kembar, dan semalam dunia digemparkan dengan berita yang hampir sama. Pemain bola sepak popular, Christiano Ronaldo juga dikhabarkan bakal menimang cahaya mata kembar!

(Photo credit: Wireimage)

Menurut laporan Daily Mail, Ronaldo dikatakan sedang teruja menanti kelahiran anak kembarnya itu, di mana kandungan itu daripada seorang ibu tumpang (surrogate) yang berasal dari Amerika Syarikat, namun identiti wanita itu masih dirahsiakan.

Menurut sumber yang sama, bayi-bayi kembar lelaki itu dikhabarkan akan lahir tidak lama lagi dab Ronaldo merancang untuk menerbangkan bakal anak-anaknya ke Sepanyol selepas mereka lahir nanti. Walaupun sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Ronaldo, namun berita gembira ini ternyata cepat tersebar.

(Photo credit: GettyImages)

Buat pengetahuan pembaca, terdahulu Ronaldo memiliki seorang anak lelaki diberi nama, Cristiano Jr, yang lahir pada 2010.

Tahniah Ronaldo!!

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.