Skip to content

“DAH IMUN, LAGIPUN HINAAN MEREKA HABUAN BAGI SAYA” – LUAHAN ANDIKA PUTERA, USAHAWAN KACAK ‘BERBAJU SENDAT’

Kongsikan artikel ini

Dek penularan sekeping gambar, namanya dikaitkan dengan julukan tertentu. Biarpun gambar diletak tiada celanya, namun tidak semua yang suka. Akibat menyarung sehelai kemeja putih yang sendat, nama usahawan muda dan tampan, Muhamad Andika Putera tiba-tiba kembali tular. Walau sudah sedia popular, namun dirinya mengakui turut terkesan dek netizen yang tiada henti menghujani aneka komentar. GL menghubungi beliau sendiri dan menyelami dasar hatinya, dan pada yang sama meminta berkongsi rahsia sihat tubuh badannya untuk manfaat kita semua.

GLAM Lelaki: Baiklah, first thing first kongsikan serba sedikit dengan diri anda?

ANDIKA PUTERA: Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama saya Muhamad Andika Putera, mesra dipanggil Dika. Saya bekerja sebagai penasihat kecergasan dan jurulatih peribadi. Saya juga aktif berniaga di media sosial sejak berumur 15 tahun lagi. Hobi sudah tentunya bersenam di gim. Saya lahir pada tanggal 16 Oktober 1997 di Kedah namun dibesarkan di Pahang. Saya bongsu dari 3 adik beradik.

GLAM Lelaki: Melihat kepada bilangan pengikut anda di Instagram, anda dikira popular dan boleh dikategorikan sebagai seorang ‘insta-famous’. Boleh kongsikan bagaimana anda boleh terkenal di kalangan-kalangan pengikut anda?

ANDIKA PUTERA: Bagaimana saya boleh terkenal? Sebenarnya bermula dengan Facebook di mana saya ada merakam video Gwiyomi pada tahun 2013 dengan kakak saya, Suhaili Salleh. Sewaktu itu badan saya amat kurus dan sekelip mata saya dikategorikan sebagai “lembut”. Sejak penularan video itu, saya diviralkan dengan jolokan lelaki lembut dan gay. Enggan kekal dengan tubuh sama, bermula umur 19 tahun saya mula membuat badan hinggalah sekarang.

GLAM Lelaki: How do you treat your followers?

ANDIKA PUTERA: Saya treat pengikut saya dengan aktif menjawab soalan mereka di post feed di wall laman Instagram saya. Contohnya, ramai bertanya tip-tip terbaik untuk mendapatkan badan yang tegap dan sasa. Walaupun jawapan diberikan kepada mereka jawapan umum, namun syukurlah ia membantu. Saya juga jarang sekali meletak gambar-gambar badan yang ‘garang’ kerana ia boleh menakutkan pengikut-pengikut saya terutama sekali kaum wanita. Itu dari pengalaman saya sendiri. Jadi, saya kena pandai menjaga dan memberi maklum balas dengan seimbangkan pos gambar-gambar kasual dengan aktiviti harian saya di gim. Sejak dari itu, saya mulai pos gambar-gambar kondisi tubuh dengan kepsyen berbau motivasi. Alhamdulillah, pengikut saya bertambah sejak dari itu.

GLAM Lelaki: Adakah menjadi seseorang yang popular di sosial media satu impian anda selama ini?

ANDIKA PUTERA: Of course tidak! Saya akui. memang semua orang nak jadi popular di media sosial. Tapi pada zaman sekarang ada baik buruknya. Pergi ke mana-mana orang dah mulai kenal. Tangkap gambar, kena kutuk pula. Memang privasi itu tiada tetapi itulah kenyataannya. Namun saya melihat semua ini dari sudut positif untuk memasarkan produk dan perniagaan saya. Itu tujuan utama. Mencari rezeki dengan laluan yang sudah terbentang di hadapan. Rugilah jika saya tidak mengambil peluang ini kan?

GLAM Lelaki: Baru-baru ini, gambar anda berbaju ketat viral dan ramai yang memberi respon berbaur termasuk memberikan komen negatif, sehingga ada yang mengelarkan anda ‘kunyit’, gay dan lain-lain. Jadi, boleh anda kongsikan pandangan anda tentang isu ini.

ANDIKA PUTERA: Itulah yang merungsingkan saya. Yang memakainya adalah saya, kenapa pula mereka yang sakit hati. Lagipun bukan saja-saja saya memakainya. Itu adalah kemeja lama saya. Sayang sekali nak buang. Membazir. Tetapi tak sangka pula hanya kerana sekeping gambar, hingga ke sudah saya dikeji. Tak semestinya lelaki-lelaki di luar sana yang memakai baju ketat itu GAY. Lagipun, saya dah lali dengan jolokan, hinaan dan cacian sebegini sejak berumur 15 tahun lagi. Senang cerita, saya dan imun. Yang pasti, hanya ALLAH sahaja tahu. Sebab saya tahu saya tak pernah songsang ke arah itu. Namun saya bersyukur, disebabkan hal ini penjualan produk saya meningkat dengan mendadak.

Gambar Andika yang tular di laman-laman sosial baru-baru ini.

GLAM Lelaki: Pandangan anda tentang deskrimansi jantina dalam bab pakaian. Bila wanita berbaju singkat dan pendek tidak pun menerima kecaman, tetapi apabila anda berpakaian sedemikan (walaupun tidak mendedahkan aurat) dihina dan dikeji pula. Pandangan peribadi anda?

ANDIKA PUTERA: Bila perempuan berpakaian seksi, yang melihat dan memuja adalah dari kalangan golongan kaum lelaki sendiri. Tetapi apabila lelaki, dicop pula dengan gelaran tertentu. Tidak adilah kalau begitu. Lagipun, pakaian saya tidak mendedahkan aurat pun. Yang pasti kita tidak boleh puaskan hati semua pihak. Konklusinya, just wear what you want, be confident what you are wearing.

GLAM Lelaki: . Kongsikan sedikit tentang transformasi diri anda dari seorang yang kurus kering sehinggalah kini tegap dan sasa.

ANDIKA PUTERA: Transformasi saya ini bermula sejak berumur 19 tahun lagi. Sewaktu itu saya melihat poster Justin Bieber sewaktu beliau menjadi model untuk jenama pakaian Calvin Klein. Badannya fit juga. Dari seorang remaja hingusan kini menjadi model. Jadi dalam hati saya, “wahhh! saya nak macam tu”. Jadi, nak dijadikan cerita, sebab dialah saya berjinak dengan besi ni. Ini hobi dan minat saya sendiri. Nak buat badan ni bukan senang, banyak sangat komitmen, masa, duit, dan macam-macam lagi. Yang paling penting disiplin. Saya juga banyak belajar dari rakan untuk belajar ilmu bermain gim dengan lebih mendalam. Tanpa mereka, saya tak akan kelihatan seperti ini.

GLAM Lelaki: Apakah impian anda dalam bidang kecergasan dan perniagaan khususnya?

ANDIKA PUTERA: Impian saya dalam bidang kecergasan adalah untuk sentiasa memiliki badan yang sihat dan fit sampai tua. Dan saya nak menang sekurang-kurangnya satu pertandingan bina badan di malaysia ini. Dari aspek perniagaan pula, saya berharap saya boleh besar dan pasarkan produk ini dan come out dengan produk baru yang lebih menarik. Nak juga untuk memiliki pejabat pengurusan sendiri di Malaysia termasuk satu dunia. Idola saya adalah macam Dato Aliff Syukri.

GLAM Lelaki: Tip dan rutin kecergasan yang anda lakukan untuk mendapatkan tubuh idaman seperti sekarang?

ANDIKA PUTERA: Sehari saya akan makan sekilo dada ayam. Dua skup beras putih atau perang. Dan sayur-sayuran dalam 500 gram. Habiskan semua dalam sehari. Bahagikan kepada 5-6 hidangan. Dari pagi hingga malam. Untuk senaman pula, 2 jam sehari. 6 kali seminggu. Insya allah hasilnya akan kelihatan sekiranya anda konsisten dan tidak mudah mengalah.

GLAM Lelaki: Kata-kata terakhir anda?

ANDIKA PUTERA: Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya dari umur 15 tahun lagi. Sayabersyukur kepada Allah akan nikmat anugerah yang diberi kepada saya. Tanpa sokongan pengikut semua, tak mungkin saya berada di tahap ini. Saya juga nak minta maaf kalau ada pos di media sosial saya selama ini ada menyakitkan hati sesiapa. Terima kasih semua. Nasihat terakhir saya, kejarlah nikmat dunia namun akhirat jangan sesekali kita lupa.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Februari 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut