Skip to content

Filem pendek David Beckham & UNICEF

Kongsikan artikel ini

Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

1

David Beckham & UNICEF

Bintang bola sepak terkenal David Beckham membintangi filem pendek UNICEF (The United Nations Children’s Fund), iaitu sebahagian dari usaha dalam kempen #ENDviolence bagi menamatkan keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak. Seorang ikon yang dikenali dengan koleksi tatu manghiasi badannya, David meminjamkan anggota badannya selaku kanvas dalam filem pendek ini untuk menyampaikan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak yang didera.

‘Violence Can Mark The Children’ adalah tajuk filem pendek berdurasi seminit itu yang menampilkan David Beckham duduk di sebuah sudut gelap di mana tatu di keseluruhan tubuhnya mengambarkan beberapa unsur keganasan yang dihadapi hampir 6 daripada 10 kanak-kanak di seluruh dunia, berdasarkan dari laporan UNICEF.

Duta Muhibbah

Kebelakangan ini, David yang memiliki 4 orang anak cukup aktif dalam memainkan peranannya sebagai duta muhibbah UNICEF. Antaranya, beliau baru saja melancarkan tabung kutipan 7: The David Beckham UNICEF Fund, melawat mangsa penderaan kanak-kanak di Cambodia serta menghadiri mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu memanggil para pemimpin dunia untuk mengutamakan kanak-kanak sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan Global.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut