DOMINASI TELEFON PINTAR WIKO KINI BERMULA

Baru-baru ini, Wiko, jenama telefon pintar Android dari Perancis telah melancarkan siri terbaru mereka dengan paparan skrin luas dengan nisbah paparan 18:9 iaitu Wiko View dan juga Wiko View Prime. Kedua-dua model ini secara tepatnya mensasarkan kepada golongan mereka yang suka bergambar atau berswafoto dengan kualiti gambar terbaik. Sewaktu majlis pelancarannya, jelas Danny Chan, Pengarah Jualan Wiko Mobile Malaysia, “View dan View Prime adalah produk dengan contoh teknologi terkini yang menawarkan reka bentuk yang teliti pada harga yang berpatutan”.

Antara fungsi jelas telefon bimbit ini adalah kepakarannya dalam merakam swafoto di mana ia mencipta gambar dengan penjelasan maksimum menggunakan 16MP kamera hadapan, walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya. Dengan aperture lensa f/2.0 dan lensa 5P dengan flash merakam gambar dengan lebih tajam dan jelas.

Terdapat dua model siri Wiko View yang ditawarkan iaitu Wiko View dan Wiko View Prime. Wiko View menawarkan paparan 5.7-inci 720p, kamera utama 13MP, kamera hadapan 16MP, dengan cip pemprosesan Snapdragon 425 serta 3GB RAM. Kapasiti storan tersedia pula adalah 32 GB yang boleh ditambah menerusi kad SD-Mikro. Wiko View Prime pula menawarkan spesifikasi paparan sama namun hadir dengan fungsi selfie dwi-kamera di bahagian hadapan dengan sensor 20MP dan juga 8MP. Kamera utamanya pula mempunyai sensor 16 MP.

Selain itu, perbezaan ketara yang ditawarkan oleh Wiko ini adalah  cip Snapdragon 430 1.4GHz lapan-teras dengan 4GB RAM serta kapasiti storan yang lebih besar iaitu 64GB yang boleh ditambah sehingga 128GB menerusi penggunaan kad Mikro-SD. Hebat bukan! Kedua-dua telefon pintar ini sudah mula dijual di seluruh Malaysia, dengan harga RM 899 untuk Wiko View dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Gold, Deep Bleen dan Cherry Red, manakala Wiko Prime pula ditawarkan pada harga RM1,199 dengan dua pilihan warna.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 November 2017

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.