Skip to content

DOVE BANTU RAKYAT MALAYSIA YANG MENGALAMI KULIT KERING UNTUK BERDAMAI DENGAN KULIT MEREKA

Kongsikan artikel ini

Apabila anda mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif, bukan kulit anda sahaja yang menderita.  Dove DermaSeries, koleksi penjagaan kulit terbaru daripada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, dicipta khusus untuk kulit yang sangat kering dan sensitif, dengan matlamat untuk memperkasakan dan membolehkan si penderita rasa yakin, positif dan bangga dengan kulit mereka.

“Bila kulit saya meragam, kulit akan merekah teruk, dan semua cap jari saya hilang. Keadaan memang meresahkan hati.” Michelle, yang dibelenggu masalah kulit sangat kering dan sensitif. Wanita seperti Michelle yang mempunyai kulit sangat kering dan sensitif memerlukan belaian dan penjagaan kulit yang jauh lebih rapi.  Dianggarkan seorang daripada lima individu rakyat Malaysia hidup dengan keadaan kulit yang sangat kering .  Dengan gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan pendedahan kepada perubahan suhu dan kelembapan, semakin ramai orang terjejas.

Dr Irene Lee Chew Kek, Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Pantai Cheras, menjelaskan, “Kulit kering kekurangan lembapan dalam stratum korneum – lapisan luar kulit, dan ia boleh dikaitkan dengan kehilangan air daripada lapisan ini.  Biasanya, pelembapan adalah cukup untuk membetulkan kulit dan membantu memulihkan fungsi normal rintangan kulit.  Bagaimanapun, dalam keadaan kulit yang sangat kering, stratum korneum tidak berfungsi dan tidak dapat memperbaiki sendiri, lantas mengakibatkan kulit merekah, gatal dan pedih.”

“Oleh yang demikian, keadaan ini akan berterusan dan berlarutan.  Penghidapnya belajar untuk “menguruskan” gejala-gejala mereka, bukan menyembuhkannya, dan berusaha mengelakkan situasi yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti kepanasan atau sesetengah makanan, dan cuba menyembunyikan keadaan mereka daripada orang lain,” tambah Dr Irene.

“Setiap hari saya perlu jumpa pelanggan, dengan keadaan kulit saya yang terdedah, dan saya mendapat tatapan – pandangan mereka terpaku ke arah saya.” Charlene, menghadapi masalah kulit sangat kering dan sensitif.

Selain gejala fizikal, kulit kering juga boleh menjejaskan emosi, meningkatkan perasaan malu, kurang selesa dan keresahan apabila berhadapan dengan orang lain – walaupun apabila gejala mereka tidak dapat dilihat .  Meskipun kelaziman keadaan kulit ini, ia kurang mendapat perwakilan di media, yang boleh menyebabkan rasa malu dan pengasingan untuk penderita.

Cathie Wu, Pakar Perunding Psikologi, Abri Integrated Mental Health, berkata, “Terdapat hubung kait yang jelas antara kesihatan mental individu dan keadaan fizikal kulit mereka – hubung kait kulit-minda – apa yang anda rasa boleh menjejaskan kulit anda dan begitu juga sebaliknya.  Dengan tumpuan kepada mereka yang menghadapi masalah kulit dan juga masalah itu sendiri, kita perlu membantu wanita yang dibelenggu masalah kulit merasa gembira dan yakin dengan kulit mereka.”

Koleksi Dove DermaSeries membawakan empat produk khusus untuk keperluan kulit kering dan sensitif: basuh badan, losen badan, krim tangan dan salap pemulihan.  Pembersih Dove DermaSeries melindungi stratum korneum, membolehkan kulit membina semula rintangan lipid dan mengurangkan kehilangan lembapan, manakala pelembap pula bukan sahaja melembapkan dan melindungi kurang kering, tetapi juga mengaktifkan PPAR – sejenis protein yang terdapat dalam kulit – untuk menyihatkan semula lipid kulit.

Bukan seperti rawatan kulit lain, yang selalunya berat dan boleh menjadikan pengguna terasa lebih tidak selesa, rangkaian Dove DermaSeries baharu membawa sentuhan kelembutan dan penjagaan ke tahap baharu dengan tekstur halus untuk melegakan kerengsaan kulit. Dengan menggabungkan keberkesanan klinikal yang cemerlang dengan faedah sensorial, koleksi ini memberikan penjagaan kulit yang berkesan dan kelegaan bagi individu dengan keadaan ini.

Tati Lindenberg, Pengarah Jenama Global, Dove DermaSeries, Unilever, berkata, “Korelasi antara kebimbangan dan kulit yang sangat kering adalah isu yang sangat diabaikan dalam industri kecantikan, dengan produk yang ditumpukan hanya pada permukaan, bukannya orang yang merasai kesannya.

Dengan pelancaran Dove DermaSeries, kami berusaha untuk mengubah cara individu yang hidup dengan keadaan kulit kering menjaga kulit mereka; dengan menggabungkan teknologi penjagaan kulit yang canggih dengan belas kasihan kepada keperluan rakyat, kita boleh menggalakkan wanita berasa yakin, positif dan bangga dengan kulit yang mereka ada. ”

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Dove DermaSeries dan kempen “Make peace with dry skin”, sila ke laman http://www.dove.com/my/collections/dermaseries.html.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut