DULU PENAKUT, KINI SEORANG ANGGOTA BOMBA. MUHAMMAD RIZZUWAN KONGSI KISAH TAKLUK KETAKUTAN DEMI SATU IMPIAN

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Keberanian tidak datang dengan sendiri. Ia disusuli dengan matlamat untuk mengatasi rasa takut dengan apa cara sekalipun. Walaupun ia memakan masa, enggan tunduk begitu saja dan disusuli matlamat untuk berjaya, Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin akhirnya takluki perasaan gayat dan fobianya pada ketinggian, dan lihatlah siapa dirinya kini. Lebih mesra dipanggil Rizzuwan, hari ini dia adalah salah seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Melaka. Benarlah apa yang dikata, setiap pengalaman itu sebenarnya mematangkan.

Heboh diperkatakan sejak penularan videonya melakukan aktiviti abseiling sekitar 5 tahun lepas dan baru kini muncul di laman-laman sosial, video tersebut lantas viral dan ramai yang tidak menyangka, dirinya kini adalah orang yang sama di dalam video tersebut yang dilihat meracau menjerit ketakutan sehingga jelas kelihatan kedua pehanya yang menggigil minta dikecualikan. Atas sebab itu, GLAM Lelaki terpanggil untuk menghubungi Rizzuwan sendiri dan bertanyakan kepada dirinya bagaimana beliau mampu untuk mencari kekuatan dan akhirnya berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat. Teruskan membaca, dan semoga bermanfaat…

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?

MUHAMMAD RIZZUWAN: Terima kasih kepada pihak GLAM Lelaki kerana sudi menghubungi saya. Baiklah, nama saya Che Ku Muhammad Rizzuwan bin Che Ku Mohsin dan saya berumur 22 tahun. Saya merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Hobi saya pula adalah bercuti, hiking, bermain bowling dan membuat abseiling di balai untuk mahirkan diri. Saya seorang yang mudah didekati, suka berlawak dan berkawan.

GLAM Lelaki: Anda mulai terkenal dek video awak yang ketakutan saat melakukan abseiling enam tahun lalu dan baru-baru saja kini ia tular dan menjadikan awak popular dan tular sekelip mata. Apa perasaan anda bila ramai yang mengatui kisah  ‘ketakutan’ awak itu?

MUHAMMAD RIZZUWAN: Sebenarnya video itu dimuatnaik di laman sosial Facebook oleh Ketua Platun PLKNnya, Aliuddin Abu Bakar bersempena hari lahir saya pada tanggal 18 Mei. Memang tidak sangka ia begitu cepat tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia. Video itu dirakam sewaktu saya mengikuti aktiviti abseiling dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN Pagoh pada 2012. Memang banyak maklum balas yang saya terima dari penularan video tersebut. Ada yang positif, dan ada juga yang negatif. Namun, saya gembira apabila ramai yang bangga dengan saya apabila mendapat tahu enam tahun selepas itu, kini merupakan seorang anggota bomba.

GLAM Lelaki: Kongsikan sedikit dengan kami apa yang awak rasakan ketika melakukan aktiviti tersebut? Adakah awak memang seorang yang takutkan ketinggian, penakut atau gayat? Ceritakan sikit pengalaman awak pada masa itu?

MUHAMMAD RIZZUWAN: Ketika saya membuat aktiviti abseiling itu, memang saya rasa tersangat takut dan gayat, apatah lagi saya tidak yakin jika tali tersebut yang dilihat cukup kecil mampu untuk menampung badan saya. Dan pada waktu itu juga, saya berikan banyak alasan kepada jurulatih, contohnya “rosak-rosak” dan “putus-putus”. Namun jurulatih tersebut tidak mengendahkan saya dan terus memberikan dorongan untuk saya teruskan bagi menguasai ketakutan saya itu. Jadi, saya amat berterima kasih kepada jurulatih dan cikgu-cikgu saya sewaktu kejadian tersebut.

GLAM Lelaki: Dan kini anda sudah menjadi seorang ahli bomba. Jadi pernah tidak anda terfikir akan menjadi seorang ahli bomba suatu hari nanti? Kenapa anda memilih profesion ini?

MUHAMMAD RIZZUWAN: Ya, sekarang saya merupakan seorang anggota bomba profesional. Sejujurnya memang tidak pernah terfikir untuk menceburi profesion ini. Namun, apabila saya menjadi seorang ahli bomba baru lah saya mengerti betapa pentingnya untuk menjadi seorang penyelamat kepada menyelamat. Tanggungjawab yang digalas oleh seorang ahli bomba amat besar dan perlu untuk menjadi seorang individu yang kekal cekal dan terus berani tentangi apa saja keadaan.

GLAM Lelaki: Apa agaknya cabaran utama bergelar sebagai seorang ahli bomba yang tidak semua tahu.

MUHAMMAD RIZZUWAN: Ya, semenjak bergelar seorang ahli bomba barulah saya tahu tugasnya bukan mudah. Awam ingat tugas bomba hanya menghunuskan hos dan memadam kebakaran. Tidak sama sekali! Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang ahli bomba sebenarnya. Pelbagai jenis kes perlu ditangani seperti menangkap ular berbisa, kucing yang terperangkap, kemalangan jiwa, orang yang nak bunuh diri semua itu memerlukan kepakaran dan khidmat ahli anggota bomba. Pernah sekali saya cuba untuk memadamkan kebakaran api yang sangat marah di sebuah rumah dengan memakai alat pernafasan yang kurang selesa. Dengan haba dan suhu waktu itu, anda boleh bayangkan. Ia sangatlah tidak selesa namun kami dilatih untuk menghadapi keadaan sebegitu ketika recrut dahulu.

GLAM Lelaki: Terakhir, mungkin anda boleh berikan sedikit nasihat atau panduan bagaimana caranya untuk menguasai ketakutan. Ini kerana mungkin ramai di luar sana ramai yang ingin menjadi ahli bomba seperti anda tetapi takut dan tiada keberanian.

MUHAMMAD RIZZUWAN:  Yang pertama kita mestilah tanamkan matlamat untuk berjaya. Jika kita lemah dalam sesuatu perkara, kita harus bangkit dari kelemahan tersebut dan gunakan untuk mencari cara untuk mengatasinya. Tambahan pula ilmu itu luas. Seperti saya, saya akui pada umur saya 17 tahun, saya sangat takutkan ketinggian dan siapa menyangka 5 tahun kemudian, saya kini seorang ahli bomba profesional. Ia mungkin mengambil masa tetapi tidak mengapa. Kita tidak pernah terlewat untuk berjaya. Yang penting diri mesti punya keberanian untuk menghadapi segala rintangan, dan teruskan usaha hinggalah berjaya, insya allah..

Hahaha…. lawak pun ada kesian pun ada….Saya takut cikgu….Aaaahhhhh…Rosak.. rosak…Putus.. putus…ps : "adik" Wan ni dah pun jadi anggota BOMBA Malaysia dan bertugas di BBP Bukit Katil, Melaka sekarang ni. Ye lah orang kata, setiap pengalaman tu sebenarnya mematangkan kita kan… daripada takut dan gayat dah jadi makanan harian je buat abseiling ni…. cayalah bro! memang from zero to HERO! Boleh tengok kat komen utk respon daripada tuan badan sendiri….👍👍👍👍👍👍===========================http://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/236573/dulu-penakut-sekarang-abang-bombaSIAPA sangka lelaki gayat di dalam video yang tular di laman sosial Facebook ketika ingin melakukan aksi abseiling enam tahun lalu, kini seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Melaka.Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin, 22, berkata sejak video itu tular pada hari lahirnya, 18 Mei lalu, ramai kawan dan sedara-mara menelefonnya untuk mengetahui perkara sebenar."Mereka terkejut kerana tahu saya seorang anggota bomba, namun kejadian di dalam video itu berbeza dengan perwatakan saya ketika ini."Ya memang betul lelaki di dalam video itu adalah saya ketika mengikuti aktiviti abseiling dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN Pagoh pada 2012."Saya sedar video itu dirakam dan tidak kisah ia ditonton orang ramai, malah terkejut ia disaksikan lebih 30,000 pengguna laman sosial," katanya ketika dihubungi, hari ini.Menurutnya, video itu dimuatnaik di laman sosial Facebook oleh Ketua Platun PLKNnya, Aliuddin Abu Bakar, 22, ketika menyambut ulang tahun kelahirannya, namun tidak sangka ia tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia.Katanya, tidak merasa malu malah boleh ketawa apabila menonton video berkenaan."Pada masa itu saya benar-benar takut dan tidak yakin dengan ikatan dan simpulan tali. Malah itu juga kali pertama saya melakukan aktiviti abseiling."Apa yang mahu dimalukan, malah saya turut ketawa bila menonton semula video berkenaan yang memperlihatkan ketakutan saya sehingga menggigil kepala lutut."Bagaimanapun, saya yakin tiada orang menyangka lelaki penakut itu kini menjadi anggota bomba," katanya yang mula berkhidmat sejak dua tahun lalu.

Posted by Ketua Kelas on 9hb Jun 2017

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Jun 2017

 

 

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.