Skip to content

EMAS UNTUK MALAYSIA – SUKAN PARALIMPIK,RIO

Kongsikan artikel ini

Lagu Negaraku terus bergema di sukan Paralimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil. Hasil kejayaan anak jati Malaysia meraih pingat emas dalam acara lontar peluru – F20 (intellectual disability)  dan acara lari 100 meter – T36 (celebral palsy) membuktikan bahawa negara Malaysia tetap berbisa dan sentiasa memberi yang terbaik.

2016 Rio Paralympics - Men's Shot Put - F20 Final - Olympic Stadium - Rio de Janeiro, Brazil - 10/09/2016. Ziyad Zolkefli Muhammad of Malaysia celebrates winning the gold medal in the event. REUTERS/Ricardo Moraes FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS.

Muhammad Ziyad Zolkefli @ziyadzolkefli

Muhammad Ziyad Zolkefli, 26 menghadiahkan pingat emas dalam acara lontar peluru – F20 dengan catatan 16.84 meter dan sekali gus mencipta rekod baru dunia dengan mengetepikan pihak lawan iaitu Dimitrios Senikidis dari Greece dengan lontaran 16.17 meter dan Todd Hodgetts dari Australia, dengan lontaran 15.82 meter. Kejuaraan yang dimenangi oleh Ziyad ini merupakan rekod terbaru dan berjaya memadamkan rekod dunia sebelum ini yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts (16.29 meter) di Paralimpik London 2012.

2016 Rio Paralympics - Men's 100m - T36 Final - Olympic Stadium - Rio de Janeiro, Brazil - 10/09/2016. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi of Malaysia celebrates after winning the gold medal in the event. REUTERS/Ricardo Moraes FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi @pridzuan

Satu lagi pingat emas yang diraih oleh wakil Malaysia adalah dalam acara lari 100 meter (kategori T36).  Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, berjaya mencatatkan masa selama 12.07 saat dan meninggalkan pihak lawan, Yang Yifei dari China (12.20 saat) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah, Brazil (12.54 saat). Sama seperti Ziyad, kejuaraan ini sekali gus mencipta rekod baru kejohanan di mana sebelum ini ia diungguli oleh atlet dari Ukraine, Roman Pavlyk (12.25 saat) di temasya Beijing 2008.

Hasil kemenangan pingat emas ini memberi satu lagi kejayaan manis bagi negara Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dan terus menyokong atlet-atlet negara.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut
rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut
SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

Bacaan Lanjut