EVOLUSI TELEFON BIMBIT POPULAR
Teks: Ryan Mohamad, Teks tambahan: Abdul Aziz Draim
JIKA DULU FUNGSINYA UNTUK BERHUBUNG DAN MENYAMPAIKAN MESEJ. KINI IA LEBIH DARIPADA ITU! EVOLUSI TELEFON BIMBIT DAN TELEFON PINTAR BANYAK MERUBAH MENGIKUT ZAMAN. INFOGRAFI INI BOLEH MENGIMBAS MEMORI ANDA BERSAMA TELEFON BIMBIT
1984
Motorola DynaTAC 8000
ˇ
Teknologi paling maju ketika itu. Biarpun saiz sebesar kasut (25cm) dan dijual pada harga USD3,995, inilah aksesori eksekutif berjaya era ’80-an: telefon yang boleh dibimbit ke mana saja.
1994
Motorola Microtac Elite
ˇ
Telefon lipat mula diperkenalkan. Sebelum kehadiran Nokia, dan kemudiannya Samsung dan Apple, hampir 15 tahun Motorola bermaharaja mengetuai pasaran telefon bimbit.
2000
Nokia 3310
ˇ
Ketika ini jenama Nokia mula diperkatakan dan ramai memiliki 3310 kerana ketahanan yang dikatakan boleh terselamat daripada bencana Apocalypse! Fungsinya amat mesra pengguna, ia antara model telefon paling popular, terjual 126 juta unit serata dunia. Pemangkin budaya text-ing dengan fungsi SMS yang di-upgrade kepada 459 karakter – 3 kali ganda lebih panjang daripada SMS standard!
Hari ini sudah mencapai ‘cult status’, 3310 masih digunakan oleh para peminat tegar.
2003
Panasonic G51
ˇ
Tika ini, kesemua jenama bersaing mencipta telefon bimbit paling kecil. Bersaiz cuma 80 x 43 x 18mm dengan berat 74g, model ini popular di kalangan remaja. Dan evolusi skrin berwarna pula bermula.
Era 2001-2006
Persaingan antara semua jenama
ˇ
Nokia dengan kepelbagaian pilihan, Sony Ericsson khas buat komuniti audiophile, Motorola untuk golongan wanita yang sukakan telefon bimbit lipat dan ternipis (ingat lagi Motorola Razr Dolce & Gabbana?) manakala model-model Alcatel, Siemens dan Sagem digemari golongan dewasa dan bekerja.
2005
Nokia N90
ˇ
Hadir dengan telefon kamera 2MP yang berciri termaju (ketika itu) iaitu dengan optik Carl Zeiss, auto fokus dan denyar LED. Ia terkenal dengan rekaan ikoniknya iaitu telefon lipat dan skrin boleh putar, ibarat gajet superspy! Telefon bimbit bukan sahaja sebagai kamera tapi juga perakam video.
2006
BlackBerry Bold, Curve, Torch
ˇ
Fenomena BlackBerry bermula. Ikonik kerana lengkap dengan papan kekunci QWERTY, BlackBerry pernah dijulang sebagai ‘the future of mobile computing’, lantas popular di kalangan golongan profesional. Sebelum wujudnya WhatsApp, BlackBerry mengemukakan laman chatting terhangat melalui BBM Pin yang menawarkan chat secara percuma (tidak seperti SMS). Asalnya saingan hebat iPhone, melihat situasi semasa, Blackberry akhirnya terpaksa akur lalu turut menghasilkan model skrin sesentuh.
2007 hingga Sekarang
iPhone vs Samsung
ˇ
Jika dulu telefon bimbit bersaing untuk mencipta model paling kecil, zaman ini menyaksikan pertarungan skrin dan telefon lebih besar pula. Dan persaingan terhebat ialah antara iPhone dan Samsung. Bukan daripada rekaan saja yang menjadi pertaruhan, malah setiap ciri-ciri baru antaranya kamera, pengesan cap jari, dan pemproses baru dibanding beza. Ia lebih kepada pilihan pengguna memilih antara kegemaran dan fungsi. Masing-masing ada kelebihan sendiri.
DID YOU KNOW?
1992 Mesej SMS pertama telah dihantar melalui rangkaian Vodafone GSM di United Kingdom pada 3 Disember 1992. Neil Papworth menghantar mesej melalui komputer peribadinya kepada Richard Jarvis yang menggunakan Orbitel 901 dengan mesej ‘Merry Christmas’.
2000 Kamera dalam telefon pertama tercipta iaitu model J-Phone keluaran Jepun. Imej beresolusi 110,000 piksel atau 0.11 megapiksel mampu dihasilkan.
2007 Apple Inc memperkenalkan iPhone, antara yang pertama menginovasi-kan skrin sesentuh.
2013 Nokia Lumia 1020 mencipta sejarah pabila menghasilkan telefon pintar dengan resolusi kamera tertinggi iaitu 41 megapiksel.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK
Samsung Malaysia mentransformasikan Semua House menggunakan teknologi, menawarkan pengalaman seni dan budaya inovatif yang dikuasakan oleh Galaxy AI.
HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA
Biz of RE sekali lagi menganjurkan parti ‘House of DiscoveRE’ meraikan SAMSUNG Galaxy S24 sebagai telefon dan kamera rasmi yang dirakam secara langsung. Acara ini meraikan gaya selebriti dan pempengaruh dengan suasana meriah yang disokong bersama HWC dan NARS.
TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24
Samsung Electronics Co., Ltd. kini melancarkan Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+, Galaxy S24 dan secara langsung memperkenalkan pengalaman mudah alih baharu dengan Galaxy AI.
BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?
Telefon bimbit mungkin antara salah satu sebab mengapa kiraan sperma lelaki menurun secara mendadak sejak seabad lalu, menurut kajian.
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN
FRED Jewelry barangan kemas berprestij yang mencetus inspirasi mewah dan artistik kini secara eksklusif berada di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT
Dari rawatan kulit terapi cahaya, GLAM Lelaki membariskan 5 cara untuk menghilangkan jerawat pada wajah dengan cepat tanpa parut buat lelaki.