Skip to content

5 FAKTA MENARIK TENTANG DANNY JONES “THE TREE MAN”

Kongsikan artikel ini

Sekitar minggu lepas, bertebaran gambar seorang lelaki kacak yang digelar ‘TREE MAN’, dek memiliki ketinggian luar biasa menyerupai badan seorang gergasi. Malah, dengan rupa yang kacak dan memiliki tubuh idaman menjadikan dirinya bintang sensasi internet hanya dalam tempoh semalam. Meet Danny Jones, yang mulai tular di laman-laman sosial mahupun sesawang berikutan ketinggiannya sehinggakan para netizen mengelarnya ‘TREE MAN’ atau lelaki pokok. Namun siapakah Danny Jones yang sebenarnya? GLAM Lelaki tidak terkecuali untuk menyelidik dan ini dia 5 fakta menarik tentang dirinya.

1. Danny Jones yang berusia 31 tahun dan berasal dari California Selatan merupakan seorang jurulatih kecergasan dan model sambilan.

2. Ketinggian Danny mencecah 6’7 dan mempunyai berat badan 275lb.

3. Dalam tempoh hanya semalam, akaun Instagramnya mencecah 720 ribu pengikut selepas seorang pengguna Twitter, @vickto_willy memuat naik gambar Danny. Post tersebut mendapat 21 ribu perkongsian hanya dalam tempoh sehari. Danny juga sering kali berkongsi gambar kegiatan harianya membersih dan membaiki rumah dalam keadaan yang amat senang dek ketinggian yang memudahkan kerja hariannya.

4. Bukan satu yang menghairankan di mana sukan kegemaran Danny sewaktu dirinya melanjutkan pelajaran di Biola University in Orange County, California suatu ketika dahulu adalah sukan bola keranjang dan bola jaring. Dengan ketinggian dan kemahirannya membolehkan Danny mendapat tajaan penuh biasiswa.

5. Sebaik saja taman pengajian, Danny pernah bertugas sebagai seorang ahli bomba dalam bidang perubatan kecemasan. Selain itu, Danny juga mempelajari lebih mendalam dalam bidang permakanan dan diet sihat.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Jun 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut