FATTAH AMIN PALING POPULAR

Seperti yang dijangka, pelakon, penyanyi dan usahawan, Fattah Amin dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH3.0) semalam. Dengan kemenangan ini, Fattah membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Peugeot 408 e-THp yang bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza  berserta trofi.

(Photo credit: Instagram @fattahaminz)

Acara gilang gemilang itu berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi. Dengan mendapat undian paling tinggi sebanyak 82,635 undian Fattah berjaya menandingi pesaing terdekatnya iaitu Janna Nick serta Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana. Bukan itu sahaja, Fattah turut berjaya memenangi anugerah kategori online untuk Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

(Photo credit: Instagram @fattahaminz)

Sewaktu menerima trofi kemenangan untuk anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, ucapan Fattah Amin ternyata menarik perhatian ramai. “Selepas orang menggelar saya ‘pelakon kayu’, disebabkan gelaran itulah saya berada di sini”.

Di dalam akaun Instagramnya, Fattah Amin juga turut menyatakan rasa kesyukurannya selepas berjaya menggondol gelaran Bintang Paling Popular.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji-pujian untuk Allah swt kerana telah membuka ruang untuk saya terus mencapai impian saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya. Memang saya cukup percaya yang semua kebaikkan yang berlaku dalam hidup kita ialah keredhaan Allah dan juga hasil dari doa ibu bapa kita. Untuk management saya, @FastyleAsia#FastyleAsia, yang terus bekerja keras dan menyokong saya, terima kasih. We will fly higher together and reach for the stars!

Paling tinggi terima kasih saya ialah untuk semua fans saya, tidak kira sesiapa sekali pun, tanpa sokongan, dorongan, dan kritikan membina, saya tidak akan sampai di sini pada hari ini. Korang serious the best and most awesome! Insya Allah, apa yang telah saya kecapi hingga hari ini akan saya terus gunakan sebagai motivasi untuk saya terus memperbaiki hasil kerja seni saya. When people say you can’t do something because they think you’re not good enough, don’t worry about telling them otherwise. Prove them wrong with your deeds and effort instead. Fattah sayang korang semua!”

Di sini GL senaraikan senarai penuh pemenang ABPBH 3.0 semalam. Tahniah sekali lagi buat semua pemenang.

Bintang Paling Popular – Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar

Artis Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina

Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana

Pengacara TV Popular – Neelofa

Penyampai Radio Popular – Radin

Artis Versatil Popular – Ifa Raziah

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret

Artis Komedi Popular – Zizan Razak

Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin

KATEGORI ONLINE

Gandingan Serasi Drama – Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)

Gandingan Serasi Filem – Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)

Personaliti Media Sosial – Makhlokmacho

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial – Neelofa

Artis Sensasi – Fattah Amin

Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Mei 2017

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.