Skip to content

FILEM BIOGRAFI DATUK LEE CHONG WEI BAKAL JADI KENYATAAN

Kongsikan artikel ini

Kisah perjalanan hidup serta kejayaan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bakal diabadikan dalam filem dan akan menemui penonton pada 2018. Filem berjudul Menjulang Kejuaraan terbitan CB Pictures Sdn Bhd itu turut disasarkan untuk tayangan peringkat antarabangsa akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta dan RM6 juta.

(Photo credit: Instagram @leechongweiofficial)

Berdasarkan laporan media tempatan, melalui temubual bersama  Pengarah filem terbitan CJ Pictures Sdn Bhd, Teng Bee berkata pihaknya bagaimanapun masih belum menemui pelakon yang bersesuaian bagi membintangi watak utama sebagai Chong Wei.

“Seramai lebih 2,000 orang hadir bagi sesi uji bakat yang kita lakukan di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, dan kita sudah menapis 100 orang. Malah, ada juga pemain badminton dari negara luar seperti Taiwan, China, Singapura dan Hong Kong  hadir ke sesi uji bakat, dan daripada jumlah itu, kita akan buat penilaian semula untuk mengambil pelakon yang bersesuaian.

Sumber foto: Offical FB Datul Lee Chong Wei

Teng Bee, berkata pihaknya juga dalam proses ‘memujuk’ Chong Wei untuk membuat penampilan istimewa dalam filem yang bakal memulakan penggambaran pada sekitar Mei atau Jun ini. Berdasarkan laporan dari portal Astro Awani, pihak penerbit terpaksa menunggu 3 tahun untuk mendapatkan kebenaran dari Datuk Lee Chong Wei untuk bersetuju dengan projek ini. Jadi sama-sama kita nantikan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 April 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut