GILIRAN ABANG BOMBA ‘PANAS’ KAN FATTAH AMIN?

​Wah, nampaknya isu buku penulisan oleh Fattah Amin kian ‘hangat’ diperkatakan. Dan kini semakin ‘panas’ selepas mendapat perhatian oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM).

Baru semalam syarikat penerbangan tambang murah Air Asia seolah ‘memerli’ Fattah Amin seolah meniru ayat yang hampir sama di dalam buku Fattah Amin tersebut, kini giliran JBPM pula melalui tweet yang dinaik oleh laman Twitter rasmi JBPM @bombaJBPM.

‘KAMI X PERLU KELUARKAN BUKU ATAU KATA2 PUJANGGA TENTANG KEHEBATAN, CUKUPLAH HANYA GAMBAR BERVICARA hahaa…kelakarkan…’

Walau tidak dinyatakan secara khusus, namun pastinya netizen dapat mengagak tweet berkenaan seakan membidas isu buku yang dituliskan oleh Fattah.

Wah, steady lah abang bomba. Siapa menyangka, abang bomba sado-sado pun ada sense of humor yang boleh tahan juga. Buat Fattah Amin, bersabar sajalah. 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Februari 2017

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.