Skip to content

GUCCI GUILTY ABSOLUTE X JARED LETO

Kongsikan artikel ini

Gucci baru-baru ini melancarkan wangian terbaru yang diberi nama Gucci Guilty Absolute di mana ia merupakan kolaborasi antara pengarah kreatif Alessandro Michele dan pakar wangian Alberto Morillas. Keistimewaan wangian lelaki ini disifatkan sebagai eksperasi inovatif sekitar bauan woody khas untuk lelaki yang dahagakan kebebasan dalam melayari kehidupan.

Jared-Leto-2017-Gucci-Guilty-Absolute-Fragrance-Campaign

WAJAH EKSLUSIF JARED LETO

Oleh itu, dalam menerajui kempen wangian ekslusif ini, penyanyi dan pelakon berbakat serta pemenang anugerah Oscar, Jared Leto dipilih atas persembahan aura kontemporari dan maskulin yang dimiliki beliau. Jared juga mewakili individualiti dengan kebebasan semangat, cukup kena dengan aksen wangian ini.

Malah kempen ini turut memperlihatkan keseksikan Jared Leto yang dilihat punya kelas tersendiri yang mana tidak wujud pada lelaki-lelaki lain. Kempen ini turut disertai oleh dua lagi model wanita jelita Julia Hafstrom dan Vera van Erp. Jurugambar terkemuka, Glen Luchford bertanggungjawab membingkaskan sentuhannya untuk kempen ini di mana Leto dilihat super cool dengan jaket piped-edged, kemeja putih dengan tali leher berlipat serta cincin sebagai eksosari dekorasi. Turut dirakam adegan berahi Leto bersama kedua model tersebut ternyata membiaskan mood romantis namun seksi apabila anda bersama dengan pasangan.

Jared-Leto-2016-Gucci-Guilty-Fragrance-Campaign

BOTOL UNIK

Reka bentuk botol wangian kali ini mempersembahkan gabungan ritual dan tradisi dari dunia maskuliniti seorang lelaki di mana tekstur dan warna cigar menjadi inspirasi. Sebuah lagi ‘karya agung’ menempiaskan keunikkan serta keunggulan wangian Gucci sebagai antara haruman sejati yang mengaromakan segenap pelusuk dunia.

59913673-d314-4cdb-818b-40dc12b5c138_blog_ln_

Layari pautan di bawah untuk menyaksikan video ekslusif wangian Gucci Guilty Absolute yang dibintangi Jared Leto.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Februari 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut