Skip to content

GUNA TELEFON PINTAR DI DALAM TANDAS MEMBAHAYAKAN

Kongsikan artikel ini

Apa benar dakwaan ini? sejauh mana tahap bahaya yang akan dihadapi seseorang jika membawa masuk telefon pintar ke dalam tandas? Ya, berdasarkan laporan Mail Online, para saintis telah pun mengeluarkan amaran kepada orang ramai bahawa penggunaan telefon pintar di dalam tandas boleh mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan yang serius. Ini berikutan dengan trend penguna masa kini yang sering membawa telefon pintar ke mana-mana termasuk di dalam tandas sehingga berjam-jam lamanya.


Hasil kajian oleh penyelidik Australia yang dijalankan pada tahun lalu mendapati, seba­nyak 41 peratus rakyat Australia menggunakan telefon pintar di dalam tandas manakala 75 peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) turut mengamalkan tabiat serupa. Yang pasti, dengan mengamalkan tabiat tersebut, mereka mendedahkan diri kepada masalah kesihatan.

“Wujud zarah udara dan air yang tersimpan di dalam telefon. Pelindung dan sarung telefon kebiasaannya diperbuat daripada getah bakteria merebak. Walaupun tidak menggunakan telefon di dalam tandas, mereka masih meme­gangnya semasa masuk dan keluar bilik air. Ketika itu, bakteria pada telefon boleh merebak sekiranya anda tidak membasuh ta­ngan terlebih dahulu,” jelas Dr. Anchita Karmakar mengenai kajian ini.

Jelasnya lagi, langkah terbaik untuk mengelakkan bakteria telefon merebak ialah dengan menggunakan semburan khas yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori gajet dan kerap membersihkan skrin sesentuh telefon pintar.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut