HADIAHKAN RATU HATI ANDA DENGAN SEPATU CINDERELLA DARI JIMMY CHOO

Ingin berikan kejutan buat kekasih yang kini bertahta di hati anda? Apa kata anda sempurnakan kisah cinta anda dengan dengan sepatu gemerlapan Cinderella dari Jimmy Choo. Untuk tahun ini, jenama kasut terkemuka antarabangsa, Jimmy Choo menampilkan koleksi perkahwinan yang menawarkan rekaan serta stail tidak makan dek masa dan klasik elegan, dari satin ivori ke glamor ala Hollywood yang bertatahkan batu kristal Swarovski, sandal metalik strappy single ke rekaan yang lebih berunsur fesyen.

Koleksi ini hadir dengan rona-rona lembut termasuklah dusty pink, ivory dan kilauan champagne dengan berciri-cirikan yang cukup mewah menawan seperti bulu pelepah, bunga-bungaan, batu kristal Swarovski, renda, manik dan kemasan berkilau. Pasti si dia girang dengan bingkisan istimewa ini!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Mei 2018

 

 

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.