XIAOMI MI 9T DILANCARKAN DI MALAYSIA SECARA RASMI
Baru-baru ini, pengeluar telefon pintar Xiaomi, melancarkan edisi terbaru mereka, Mi 9T. Dengan spesifikasi terkini serta dengan harga mampu milik, bermula dengan RM1099, ini menjadikan peranti ini antara telefon pintar kelas pertengahan dengan penawaran harga mampu milik dan semestinya mesti milik. Xiaomi Mi 9T datang dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 730, tawaran memori 6GB RAM malah storan sehingga 128GB, selain dilengkapi bateri 4000mAh. Ia menggunakan gabungan kamera 48-megapixel + 13-megapixel ultra-lebar + 8-megapixel telefoto. Untuk rakaman swafoto pula, ia menggunakan kamera 20-megapixel yang tersembunyi pada bahagian kamera terangkat.
Bermula 26 jun ini, Xiaomi Mi 9T 6/64GB ditawarkan pada harga RM1199 tetapi bagi mereka yang melakukan pra-tempahan ia boleh dimiliki pada harga promosi RM1099 melalui Lazada. Bagi mereka yang mahukan storan lebih besar 128GB pula, ia ditawarkan pada harga RM1399 sebuah bermula 29 Jun.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Jun 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL
Siri komedi seram yang meraih kejayaan luar biasa ini bakal muncul dengan musim baru pada tahun hadapan.
EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP
Walaupun sudah melakar pelbagai kejayaan dalam kerjaya muzik, ada satu lagi pencapaian hidup Eminem yang membanggakannya.
WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI
Terdapat bukti menunjukkan bahawa lelaki yang menjalani TRT berisiko lebih tinggi untuk mengalami keguguran rambut.
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG
Nampaknya persahabatan David Beckham dan Mark Wahlberg yang terjalin sejak 15 tahun lalu telah menemui titik noktah.
AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH
Amir Masdi akui gembira apabila dipilih sebagai penyanyi utama untuk konsert Search yang akan datang.
“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki menampilkan Rizal Rasid yang berasal dari Brunei, dan kini meluaskan sayapnya di Malaysia.