Skip to content

HUAWEI LANCARKAN NOVA 3 DAN NOVA 3i

Kongsikan artikel ini

Its finally here! Huawei Nova 3  dan Nova 3i akhirnya dilancarkan di Malaysia kelmarin. Nova 3 ialah peranti dengan pemproses HiSilicon Kirin 970 yang merupakan pemproses berkuasa dihasilkan oleh Huawei manakala Nova 3i pula ialah yang pertama dengan pemproses HiSilicon Kirin 710. Acara turut dihadiri duta Huawei Nova Superstar, Hannah Delisha serta kehadiran ramai artis-artis hebat seperti Dayang Nurfaizah, Stacy dan ramai lagi.

Untuk spesifikasi, Huawei Nova 3 dilengkapi skrin 6.3 inci IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Kirin 970, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB RAM. Dwi-kamera utama pada bahagian belakang pula menggunakan sensor 16+24 Megapixel f/1.8+f/1.8 manakala kamera selfie pula menggabungkan 24+2 Megapixel f/2.0.

Huawei Nova 3i pula hadir dengan skrin 6.3″ IPS LCD FHD+ bertakuk, dijana dengan pemproses Kirin 710, storan sebesar 128GB, memori sebesar 4GB RAM, kamera utama 16+2 Megapixel, kamera swafoto 24+2 Megapixel dan bateri sebesar 3340 mAh. Tidak seperti Nova 3, tiada pengecasan pantas disertakan dan ia masih menggunakan port mikroUSB. Wow!

Di Malaysia, Huawei Nova 3 ditawarkan pada harga RM 1899 seunit. Ia ditawarkan dalam 3 varian warna iaitu iris ungu, merah dan hitam bermula 17 Ogos iniHuawei Nova 3i pula ditawarkan pada harga RM 1249 dengan pilihan warna iris purple, hitam, dan putih bermula 28 Julai. 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Julai 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung malaysia

APA YANG PERLU ANDA TAHU DENGAN SAMSUNG GALAXY Z FOLD5 TERBAHARU

Bacaan Lanjut
samsung malaysia

APA KELEBIHAN SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET

Bacaan Lanjut

APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU

Bacaan Lanjut