Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Legenda seni, George Michael yang terkenal pada era 1980-an dengan kumpulan pop, Wham! sebelum bergerak sebagai artis solo meninggal dunia pada hari Ahad (waktu antarabangsa) di rumahnya di England. Beliau berusia 53 tahun. Lebih memilukan beliau menghembuskan nafas terakhir ketika semua sedang sibuk meraikan sambutan Hari Krismas.

December 25, 2016 - Berlin, GERMANY - 25 December 2016 - Georgios Kyriacos Panayiotou known professionally as George Michael dies at the age of 53. He was an English singer, songwriter, and record producer, who rose to fame as a member of the music duo Wham!. He was best known in the 1980s and 1990s with his style of post-disco dance-pop. Michael sold more than 80 million records worldwide. His 1987 debut solo album, Faith, sold more than 20 million copies worldwide. In 2008, Billboard magazine ranked Michael the 40th most successful artist on the Billboard Hot 100 Top All Time Artists list. File Photo: 16 February 2005 - Berlin, Germany - George Michael. BERLINALE, Film Festival, Filmfestspiele, Internationales Filmfestival Berlin ''GEORGE MICHAEL: A DIFFERENT STORY'' Photo Credit: Reents/Siemoneit/AdMedia (Credit Image: © Reents/AdMedia via ZUMA Wire)

George Michael

Menurut laporan BBC, George meninggal dunia dalam keadaan tenang di rumahnya dan pihak ambulans dihubungi untuk terus ke kediamannya yang terletak di Oxfordshire. Berdasarkan laporan THR, dikhabarkan George Michael meninggal dunia atas kegagalan jantung pada hari Krismas dan semua keluarganya meminta untuk menghormati privasi mereka bagi melalui detik sukar ini.

Trivia mengenai George Michael:

1- George Michael dilahikan di London pada tahun 1963 dan nama penuhnya adalah  Georgios Kyriacos Panayiotou (ayahnya berketurunan Greek Cypriot.)

2- Beliau menubuhkan kumpulan duo Wham! bersama rakan sekolahnya, Andrew Ridgeley dan tampil dengan album sulung, Fantastic pada 1983.

Wham Ref: B196_095082_0387 Date: 13.10.1999 Compulsory Credit: STARSTOCK/Photoshot

3- Mereka mula popular di Amerika Syarikat (AS) menerusi album kedua, Make It Big setahun selepas itu dengan lagu seperti Careless Whisper, Wake Me Up Before You Go-Go dan Freedom.

4- Pada 1987, George meninggalkan Wham! dan tampil dengan album solo berjudul Faith. Ia yang terjual lebih 20 juta unit di seluruh dunia turut memenangi Album Terbaik dalam Grammy Awards.

5- Sebelum ini George Michael pernah terlibat dengan kontroversi akibat pengambilan dadah dan kecenderungan seksualnya yang dikatakan songsang. Beliau juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pneumonia.

6- Sehingga di hari kematiannya, George tidak pernah berkahwin.

Takziah dari Glam Lelaki ucapkan kepada keluarga serta peminat-peminat George Michael. Rest in peace, George!