Skip to content

INI 8 TANDA JIKA ANDA BENAR-BENAR SEORANG ‘GENTLEMAN’

Kongsikan artikel ini

Susah sekarang ini ingin mencari jejaka yang punya sifat gentleman pada wanita. Boleh dikatakan semakin ramai lelaki yang mempunyai sifat tidak ambil peduli atau sering menyakiti hati wanita. Tetapi, pastinya ada segelintir yang masih ada sikap gentleman ini. Sisi gentleman yang bagaimana yang diidam oleh seorang wanita? GLAM Lelaki senaraikan 8 tanda menunjukkan lelaki itu seorang yang gentleman. Baca dan cuba ukurnya sendiri sama ada ia kena dengan anda atau tidak?

1. SOPAN SANTUN

Bukan bermakna kamu perlu bercakap seperti perempuan, tapi susun percakapan kamu bila bercakap dengan perempuan. Jangan terlalu kasar kerana hati perempuan sensitive dan cepat terasa. Percakapan dengan orang tua juga perlu dijaga.

2. PEGANG TANGAN 

Pegang tangan teman wanita kamu ketika melintas jalan atau berjalan ditempat yang buat dia tak selesa. Dia akan berasa kamu benar-benar mahu melindunginya.

3. AMBIL BERAT

Jika kamu sedang dalam proses memikat seseorang, belajar mengambil berat tentang dia. Contohnya seperti jika dia mengadu tentang masalah di tempat kerja, dengar dan cuba pujuk dia.

4. KONSEP ‘AFTER YOU’ 

Dahulukan perempuan seperti bukakan pintu kedai untuknya, bukakan pintu kereta atau ambilkan makanan ketika di majlis perkahwinan teman.

5. CAKAP BERLAPIK 

Sekalipun dia nampak kurang sesuai dengan pakaiannya, kamu perlu bercakap berlapik untuk menyampaikan maksud kamu. ‘Mungkin baju ni tak sesuai untuk kita pergi lunch sayang, sebab dia cantik pakai waktu malam’.

6. KENTUT DAN SENDAWA 

Eyew! Perempuan kurang selesa lelaki yang begini. Mungkin perkara biasa pada kamu, tapi it’s a major turn off kalau kamu kentut dan sendawa dengan kuat dihadapan dia. Paling teruk bila sendawa berbau.

7. MINTA MAAF

Seorang lelaki budiman tidak akan berkira jika dia melakukan kesalahan dan minta maaf dengan perempuan. Perempuan senang dengan lelaki tidak terlalu ego.

8. MEROKOK 

Jika kamu seorang perokok tegar, cuba elakkan dari merokok dan hembus asap ke muka perempuan (yang tidak merokok). Terutamanya bila dalam kereta berdua, rata-rata perempuan tidak suka dengan asap rokok. Namun, jika anda bukan seorang perokok, anda pasti tampil lebih gentleman di mata dia, nescayalah!

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut