Skip to content

“JANGAN FIKIR ‘BENDA’ LAIN YANG AKAN MENGACAU”. ‘HANTU’ MUNAFIK BERKONGSI PENGALAMAN KETIKA PENGAMBARAN, RUPANYA SEORANG PELAKON LELAKI TAMPAN.

Kongsikan artikel ini

Munafik dan The Nun, keduanya merupakan filem seram yang paling dinantikan. Jika watak Valak dalam filem The Nun, dilakonkan oleh seorang pelakon wanita bernama Bonnie Aarons yang wajahnya juga boleh dikira ‘menakutkan’ in a real life, lain pula dengan watak hantu di dalam filem Munafik, yang asalnya dilakonkan oleh susuk tubuh seorang lelaki tampan! Ya, selain rekod pencapaian filem Munafik yang memberangsangkan, penularan gambar seorang lelaki melakonkan watak hantu perempuan dalam filem tersebut nyata mengejutkan ramai pihak! Meet Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali. Jom ikuti temubual penulis GLAM Lelaki, bersama beliau, berkongsi profil dan pengalamannya sepanjang memegang karekter seram tersebut.

GLAM Lelaki: Boleh kongsikan serba sedikit tentang diri anda? Nama penuh, kerjaya, adik beradik, hobi, minat dan apa saja yang menarik tentang diri anda yang tidak semua tahu.

SHAHIDAN IZWAN: Baiklah, pertama kali terima kasih buat penulis kerana sudi menemubual saya. Nama diberi Ahmad Shahidan Izwan Bin Mohd Ali dan dikenali sebagai Iwang Ali. Saya berasal dari Tronoh Perak. Saya mempunyai dua adik beradik dan saya yang bongsu. Saya berdarah kacukkan Malbarri dan Melayu. Hobi saya bermain bola sepak futsal dan juga snooker. Saya juga merupakan atlit lompat tinggi. Saya boleh dikatakan seorang budak nakal tapi berakal. Saya suka kacau orang dan suka mengusik. Dan ya, saya masih single.

GLAM Lelaki: Cerita serba sedikit tentang kerjaya anda sebagai seorang pelakon. Bagaimana bermula dan sebagainya?

SHAHIDAN IZWAN: Saya bermula pada 2016 dan mendaftarkan diri dalam kelas lakonan di bawah agensi Norah Talent Agency. Sebelum ini saya juga seorang model sambilan. Saya banyak membawa karekter pelakon tambahan selain berlakon dalam video Vine, Youtube dan Instagram. Dan kini saya bertugas di Radio Astro “Era.Je”, bahagian pengacaraan luar “Dak-dak Era”. Saya amat meminati bidang lakonan disebabkan idola saya adalah Shah Rukh Khan. Beliau pembakar semangat saya untuk terus mengejar cita-cita untuk bergelar pelakon.

GLAM Lelaki: Baru baru ini anda tular di laman laman sosial, kerana rupa-rupanya watak hantu dalam filem Munafik adalah anda. Apa perasaan anda bila anda kini semakin dikenali?

SHAHIDAN IZWAN: Seriously terkejut dan tak pernah disangka akan tular sebegini. Kemudian ramai pula yang repost dan retweet mengenai perkara ini dan sememangnya saya bersyukur.

GLAM Lelaki: Bagaimana anda boleh terlibat dengan filem Munafik dan kenapa memilih karekter hantu?

SHAHIDAN IZWAN: Pertama sekali, abang Syamsul memang mencari seorang pelakon yang boleh membawa watak hantu sejak dari filem Munafik 1 lagi. Nak dibuatkan cerita, saya menemani seorang teman sewaktu dia melakukan pengambaran. Abang Syamsul ternampak akan kelibat saya lalu terus menawarkan watak hantu Munafik berikutan ketinggian tubuh badan saya. Dalam Munafik 1, boleh dikatakan 80% hantu dilakonkan oleh saya dan seterusnya bersambung untuk Munafik 2. Lagipun ini bukan kali pertama saya berlakon di bawah SKOP Production kerana sebelum ini saya membawa watak jahat dalam siri Gerak Khas episode Neraka Dunia.

GLAM Lelaki: Bagaimana anda menjiwai watak hantu dalam filem Munafik itu? Apakah pengorbanan yang harus dilakukan anda yang tidak semua tahu?

SHAHIDAN IZWAN: Fikiran saya perlu dikosongkan terlebih dahulu dan saya banyakkan selawat sebelum menjiwai watak ini. Selain itu, abang Syamsul menasihati saya agar perbetulkan niat dan jangan takut dan fikir pasal ‘benda’ lain yang akan mengacau. Semestinya saya pegang nasihat beliau untuk Munafik 1 dan 2. Yang pasti, banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memastikan ketulenan watak hantu ini agar tidak nampak seperti dibuat-buat seperti baring secara menegak dan kepada di bawah. Bagi saya, ia betul-betul heavy! Selain dari pergerakan-pergerakan yang mencabar, saya juga perlu menghabiskan masa untuk make up yang memakan masa berjam lamanya. Contohnya, dari pukul 9 malam, habis pukul 5.45 pagi. Antara babak yang paling mencabar adalah babak di dalam sungai di mana saya perlu menyelam dan mencekik abang Syamsul. Dengan kesejukan serta kedalaman dasar sungai serta tidak tahu makhluk apa berada di dalam sungai ketika itu, saya hanya ingin cepat-cepat menghabiskan babak itu, dan alhamdulilah abang Syamsul berpuas hati dengan performance saya.

GLAM Lelaki: Pengalaman bekerja di samping pengarah Syamsul Yusof.

SHAHIDAN IZWAN: Sebelum bermula setiap kali pengambaraan, abang Syamsul banyak memberi nasihat dan dakwah kepada saya. Dalam erti kata lain, beliau banyak ‘menurunkan’ ilmunya pada saya dan saya berterima kasih kepadanya. Yang pasti, abang Syamsul memang seorang yang tegas, serius dan garang, tapi pada masa yang sama beliau seorang yang baik hati dan caring.

GLAM Lelaki: Anda dilihat sebagai seorang yang menjaga penampilan. Tip yang boleh anda berikan kepada lelaki-lelaki di luar sana.

SHAHIDAN IZWAN: Bagi saya mudah saja. berpakaian kemas, sentiasa yakin pada diri sendiri, dan perlu pandai bermain dengan kontra warna. Yang berjambang perlu sentiasa kemas kan jambang. Yang suka menyimpan rambut, perlu disisirkan sentiasa dan jangan biarkan ia serabut.

GLAM Lelaki: Apa impian anda yang masih belum terlaksana?

SHAHIDAN IZWAN: Sudah pasti saya ingin membawa karekter-karekter lain (selain hantu) yang mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.

GLAM Lelaki: Kata kata terakhir anda buat semua yang menyokong karier anda?

SHAHIDAN IZWAN: Terima kasih buat semua keluarga, rakan-rakan yang menyokong penglibatan saya dalam bidang seni ini, dan akan saya akan cuba balas di dalam setiap doa-doa saya.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 September 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut