Skip to content

‘JARVIS’ versi Mark Zuckerberg

Kongsikan artikel ini

Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya memiliki pembantu peribadi maya yang dinamakan Jarvis, sama dengan nama pembantu virtual yang dicipta oleh Tony Stark, dalam filem Iron Man. Boleh anda bayangkan?

Zuckerberg berkata, sepanjang 2016, di samping mengusahakan Facebook, beliau  menghabiskan 100 jam waktu lapang beliau untuk merancang dan menyediakan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) ini. Kecerdasan Buatan, atau lebih dikenali sebagai AI, merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia. Mark pernah mendedahkan cita-citanya untuk mempunyai pembantu virtual peribadi berasaskan AI pada awal 2016.

wrwqr

Tugas utama Jarvis versi Zuckerberg adalah untuk mengendalikan hal-hal yang berlaku di dalam rumahnya di Palo Alto, Amerika Syarikat. Antara yang sudah berjaya Jarvis lakukan adalah menyala dan memadamkan lampu, menetapkan tahap pencahayaan lampu, menghidupkan peranti elektronik (TV, penyaman udara, dan sebagainya), memilih dan memainkan muzik, hingga mengenali tetamu yang hadir dan membukakan pintu untuk mereka menggunakan voice recognition, pengenalan wajah dan messenger. 

captureewtwett

Mark memberikan ‘arahan’ kepada Jarvis melalui Messenger.

 

Meminjamkan suara pelakon Hollywood terkenal, Morgan Freeman, Mark berharap dapat membina aplikasi Android untuk Jarvis yang boleh disambung dengan semua peralatan dan bilik yang ada di dalam rumahnya. Namun, beliau  menekankan AI ciptaannya ini tidak akan dipasarkan kepada awam, tapi boleh menjadi landasan terbaik untuk mencipta sebuah produk baru.

Saksikan kehebatan Jarvis versi Mark Zuckerberg di bawah:

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut