Skip to content

KEMATANGAN EGGSY, KECELARUAN GALAHAD DALAM KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE

Kongsikan artikel ini

Lebih epik, lebih aksi, lebih menghiburkan! Itu ulasan GL tentang sekuel kepada filem Kingsman iaitu The Golden Circle yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula hari ini. Tiada siapa menyangka sebenarnya, filem pertama Kingsman: The Secret Service pada tahun 2015 menerima ulasan positif dan dikira berjaya. Filem yang diadaptasi dari buku komik Kingsman ciptaan Dave Gibbons dan Mark Millar itu ternyata cukup menghiburkan, dan penulis lega di mana kesinambungan kali ini masih menerapkan elemen sama namun ditambah baik hasil garapan asli, gabungan aksi lebih mendebarkan, barisan pelakon tambahan yang legend, serta jalan cerita mudah difahami dan menghiburkan.

KEMATANGAN EGGSY

Sebelum apa-apa, pastikan anda menonton filem pertama terlebih dahulu ya! Dah nama pun filem sekuel, pastinya ia berkait rapat. Filem Kingsman: The Golden Circle mengisahkan bagaimana Eggsy, watak utama dalam filem ini meneruskan perjuangannya sebagai salah seorang Kingsman yang masih hidup selepas kematian mentornya, Galahad lakonan Colin Firth. Dengan bantuan Merlin (Mark Strong), mereka terpaksa merantau ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan bantuan Statesman (sebuah lagi pakatan Kingsman di Amerika Syarikat) selepas ibu pejabat mereka dimusnahkan oleh pihak musuh dikenali The Golden Circle yang diketuai Poppy, watak antogonis lakonan Julianne Moore.

Apa yang menariknya adalah bagaimana kematangan Eggsy dilihat cukup menyerlah. Sekiranya dalam filem terdahulu, Eggsy agak cemerkap, cuai pada awalnya namun kali ini, Eggsy dilihat lebih menyerlah dengan etika dan kemahirannya dalam pertempuran, berbanding Galahad atau Harry Hart yang masih hidup! Well, its not a spoiler anymore! Walaupun Galahad masih hidup, dirinya yang dulu bukanlah yang sekarang. Ingin tahu apa yang benar-benar terjadi kepada Galahad? Anda kena tonton sendiri!.

JULIANNE MOORE AS A VILLAIN? WHY NOT!

Pada awalnya penulis meragui keupayaan Julianne Moore membawakan watak jahat atau antogonis. Walaupun beliau adalah salah seorang aktres bertaraf lagenda di Hollywood, namun kredibilitinya membawa watak Poppy, ketua pengedar dadah tampak berkesan dan menyakinkan. Penulis tiada masalah langsung dengan Poppy. Yang pasti kehadirannya sebagai seorang adorable villain but psycho sedikit sebanyak membantu perkembangan plot dalam filem ini.

AKSI TRADEMARK

Masihkah anda ingat aksi pertempuran Galahad di dalam gereja dalam filem pertama? Best bukan! Jangan risau. Dalam filem kedua kali ini, aksi trademark seakan itu turut dihidang malah lebih banyak lagi. Maklumlah, filem ini masih lagi diarahkan oleh pengarah yang sama, iaitu Matthew Vaughn jadi anda boleh menjangkakan ledakan aksi yang berganda lagi mendebarkan. Dengan star studded cast, penulis cukup berpuas hati dengan setiap peranan yang dimainkan oleh setiap pelakon walaupun ada yang minimal seperti Channing Tatum dan Jeff Bridges, malah ada watak yang dimatikan. Yup, we are not kidding! Kesimpulannya, filem Kingsman ini sewajarnya ditonton. Dengan jalan cerita yang mudah untuk difahami, dengan aksi dan humor yang diadun sebati, penulis percaya filem sekuel ketiga pasti sudah dirancang. 9/10

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 September 2017

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut

COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X

Bacaan Lanjut