Skip to content

KHAIRY JAMALUDDIN BAKAL JADI ATLET SUKAN SEA 2017

Kongsikan artikel ini

Apa benar Khairy Jamaluddin bakal menjadi salah seorang atlet yang akan bersaing pada sukan SEA 2017 yang akan datang? Habis itu, bagaimana pula dengan kariernya sebagai ahli politik. Umum mengetahui Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ amat aktif dalam bersukan, dan ini terserlah dalam rutin hariannya. Dan khabarnya, KJ yang juga menteri Belia dan Sukan Malaysia itu sendiri akan turun padang dan bertanding sebagai salah seorang atlet negara.

Berdasarkan laporan Cosmo, berita ini bukan baru dan telah disahkan sendiri oleh Presiden Kelab Polo Putra, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sejak Oktober tahun lalu. Tetapi ramai yang belum sedar penyertaan KJ yang bakal menjadi antara 12 atlet untuk acara polo berpasukan Malaysia. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga sudah mengesahkan beliau antara 871 atlet yang bakal mewakili Malaysia untuk acara polo berpasukan. Ini sekaligus mencatat sejarah sebagai menteri Kabinet pertama menyertai temasya sukan.

Yang pasti, penyertaan KJ bukanlah atas kuasa vetonya sebagai Menteri Belia dan Sukan, tetapi beliau layak secara merit yang dipilih oleh Persatuan Polo Diraja Malaysia sendiri. Dalam pada itu, pasukan Polo Malaysia antara acara yang menjadi taruhan dan dijangka bakal membawa pulang pingat emas.

Vamos Jogo! Estamos en las semifinales. #ProjectSEAGames #MalaysianOpen

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Not so secret training on La Bamba. #KitaJuara #seagames2017 #bangkitbersama

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Dan seperti atlet-atlet lain yang ingin bertanding, Khairy juga turut menjalani ujian doping seperti yang wajib dilakukan kepada atlet lain. KJ dan kesemua 400 atlet Malaysia disahkan lulus ujian doping yang dijalankan oleh  Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS). Untuk KJ dan kesemua atlet negara yang bersaing, semoga berjaya!

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut