Skip to content

best airport

Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2016

Kongsikan artikel ini

Infrastruktur moden, kemudahan serta khidmat yang memuaskan dinilai dengan penuh teliti untuk merangkul anugerah Best Airport 2016

best airport

 

Buat anda yang sering mengembara dan naik turun kapal terbang tentunya turut berpeluang menjejaki prasarana hebat lapangan terbang serata dunia. Kemudahan serta servis sesebuah lapangan terbang tidak dinafikan adalah pelengkap utama perjalanan anda ke mana jua destinasi yang dituju.

Sama ada bergegas ke pintu pelepasan ataupun transit berjam-jam lamanya, sesebuah lapangan terbang dengan fasiliti moden serta persekitaran mendamaikan menjadi idaman semua pengembara. Sebaik anda tiba di perkarangan terminal menuju ke ruang check-in, melalui pemeriksaan kastam, imigresen dan kemudahan pengangkutan dalam terminal yang efisien sehinggalah barisan butik beli-belah menjadi keutamaan.

Kini fasiliti yang lebih serasi dengan keperluan pengembara moden menjadi tuntutan jutaan penumpang yang menggunakan lapangan terbang setiap hari. Pengurusan lapangan terbang yang menjadi hab penerbangan tertentu turut menyediakan kemudahan kelas pertama bukan saja buat penumpang kelas mewah tetapi airport terbaik kini menjadikan ia elemen terpenting dalam memberi layanan sempurna buat semua kelas penumpang.

Daripada servis petugas dan ameniti yang disediakan, pelbagai aspek diambil kira oleh badan yang menilai lapangan terbang untuk diberikan anugerah terbaik di dunia. GLAM Lelaki menyenaraikan 10 lapangan terbaik ini dan anda boleh tanda yang mana sudah anda jejaki.

  1. Lapangan Terbang Changi, Singapura

best airport

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul

best airport

3. Lapangan Terbang Munich

best airport

4. Lapangan Terbang Haneda, Tokyo

best airport

5. Lapangan Terbang Hongkong

best airport

6. Lapangan Terbang Centrair Nagoya

best airport

7. Lapangan Terbang Zurich

best airport

8. Lapangan Terbang Heathrow, London

best airport

9. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

best airport

10. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha

best airport

 

 

By Izza Ibrahim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut