Skip to content

“BUKAN NIAT MENUNJUK, HANYA CIPTA KENANGAN”. LUAHAN HATI HAFIZ MAHAMAD

Kongsikan artikel ini

Tular kebelakangan ini kisah mengenai seorang lelaki yang membuat kejutan kepada kekasih hatinya, bermula dengan kejutan limosin di hari jadi sekitar pertengahan tahun lepas sehinggalah yang baru-baru ini, dia kembali membawa kekasih hatinya, menaiki kapal mewah pula.

Seperti yang dijangka, video yang tular itu pasti mengundang pelbagai reaksi terutama sekali para netizen yang berang dan jelik, kononnya menganggap lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad seorang yang bongkak dan suka menunjukkan kemewahan. Namun ada juga netizen yang  memuji kejutan Hafiz buat keluarganya itu adalah perkara yang sangat mengharukan. Berikutan dengan itu, kami di Glam Lelaki menghubungi Hafiz Mahamad bagi mendapatkan penjelasan dari beliau. Ikuti temu bual khas kami bersama beliau.

123

GLAM LELAKI: Video Hafiz membuat kejutan istimewa menaiki kapal layar mewah bersama kekasih tular di laman-laman sosial sehingga menimbulkan respon yang berbagi dari netizen. Namun, rata-ranya mengutuk tindakan Hafiz. Jadi, boleh Hafiz terangkan mengapa Hafiz bertindak kembali memuat naik video kejutan sebegini rupa? Adakah untuk mengaut populariti atau sebaliknya?

HAFIZ MAHAMAD: Terima kasih kepada Glam Lelaki kerana sudi memberikan peluang kepada saya untuk menjernihkan keadaan. Baiklah, untuk kejutan kali ini adalah khas untuk tunang dan keluarga saya. Tiada apa yang saya mahukan selain untuk menghargai jasa mereka kepada saya. Keluarga banyak membimbing saya dalam hidup, malah abah dan mama saya adalah orang yang selalu memberi tunjuk ajar untuk saya terus menjadi manusia. Mereka sudah berusia, jadi  saya mahu mereka merasai kenangan yang bermakna dalam hidup mereka. Mereka tidak mahukan kemewahan tapi saya sebagai anak sulung wajib mencipta kebahagiaan untuk mereka. Aina pula adalah satu semangat untuk saya, dia tak pernah meminta semua ini, malah terus menyokong saya dalam apa jua keadaan baik dalam perniagaan mahupun hidup.

GLAM LELAKI: Jadi, adakah ini memang stail dan cara Hafiz untuk tunjukkan rasa cinta Hafiz kepada kekasih khususnya, dengan membuat kejutan sebegini? Kenapa tidak dengan cara lain?

HAFIZ MAHAMAD: Saya tidak tunjukkan kasih sayang saya dengan cara memberi kemewahan. Seperti mana yang saya cakapkan, Aina selalu menyokong saya dalam apa jua keadaan. Dari mula saya mulakan perniagaan, sehingga sekarang. Sikit pun dia tak pernah demand. Kalau dulu dia boleh terima saya seadanya, sekarang masanya saya untuk balas jasa orang yang bakal bergelar isteri saya tidak lama lagi.

gsdggs

GLAM LELAKI: Ramai netizen beranggapan Hafiz menggunakan duit keluarga semata untuk melakukan kejutan-kejutan ini? Respon Hafiz.

HAFIZ MAHAMAD: Ingin saya jelaskan sekali lagi, kejutan ini adalah idea dan dari hasil titil peluh saya sendiri. Saya ulang, dari hasil titik peluh saya sendiri. Tapi, saya ada kumpulan yang membantu menyempurnakan kejutan ini. Terima kasih kepada Dloven photographer di mana mereka semua seperti adik beradik saya. Tak lupa kepada Radzi Aziz kerana menyusun kejutan ini dari awal hingga akhir. Saya rasa ini adalah hadiah untuk mereka semua.

GLAM LELAKI: Boleh kongsikan sedikit bagaimana titik-titik pertemuan Hafiz bersama kekasih, Syafiqah Aina?

HAFIZ MAHAMAD: Saya mula mengenali Aina sewaktu di bangku persekolahan lagi. Kemudian, kami terputus hubungan sekejap. Selepas tamat persekolahan, saya menghubunginya semula.

Capturewqf

GLAM LELAKI: Anda sememangnya seorang lelaki yang penuh dengan kejutan. Ada perancangan mahupun kejutan lain selepas ini?

HAFIZ MAHAMAD: Buat masa sekarang, masih belum ada idea lagi namun saya ada niat untuk bawa orang tua saya ke mekah tidak lama lagi, InsyaAllah.

GLAM LELAKI: Apa pandangan Hafiz mengenai cara kejutan yang dilakukan Hafiz kepada kekasih hati. Adakah perlu untuk seorang lelaki menghabiskan duit semata untuk memberi kejutan kepada tercinta dan memuatnaik ke laman sosial. Adakah ia berbaloi?

HAFIZ MAHAMAD:  Kejutan untuk membahagiakan insan insan dalam hidup bukan bergantung kepada duit mahupun kemewahan semata mata. Tapi berbalik kepada usaha bagaimana untuk membahagiakan mereka. Jika tuhan limpahkan kita rezeki, tak salah untuk berkongsi kebahagiaan dengan mereka ini. Kejutan boleh jadi dalam banyak bentuk, sebagai contoh, balik ke kampung senyap senyap tanpa pengetahuan orang tua kita. Bawakan mereka buah tangan, mereka tentu bahagia. Sebab kebahagiaan bagi mereka, adalah anak anak disisi mereka. Kalau untuk perempuan pula, pastikan mereka ini bukan jenis yang meminta (demanding). Kalau dia boleh terima kita seadanya, hargailah mereka, cuba berusaha untuk senangkan atau yakinkan hidup mereka bila dia mahu menjadi peneman hidup nanti.

GLAM LELAKI: Bagaimana pula perancangan Hafiz untuk menamatkan zaman bujang? Sudah ada tarikh yang ditetapkan?

HAFIZ MAHAMAD: Belum lagi tetapi iinsya allah, dalam tahun ini. Doakan kami berdua ya.

GLAM LELAKI: Ada kata-kata terakhir buat mereka di luar sana yang mengutuk mahupun memperlekehkan tindakan Hafiz selama ini?

HAFIZ MAHAMAD: Saya minta maaf jika apa yang saya buat ada menyinggung netizen diluar sana. Buat haters di luar sana, saya terima semua komen dengan positif. Komen yang mana saya boleh jadikan pengajaran, saya ambil untuk jadikan panduan. Saya hanya manusia biasa, mungkin teguran mereka ada baiknya. Seriously, saya tak pernah ada niat untuk menunjuk-nunjuk. Saya hanya cuba mencipta kenangan dari usaha saya untuk membahagiakan insan insan tersayang. Ini cara saya, dan saya juga tidak akan menghukumi malah mengadili cara orang lain. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang.

Saya tidak cuba untuk merosakkan minda anak muda untuk buat seperti saya. Anak muda sekarang semuanya semakin bijak dan bekerja keras mencari rezeki. Apa yang saya mahukan, mereka gunakan rezeki mereka untuk membahagiakan insan insan dalam hidup mereka dari membazir ke arah bukan bukan.

Jika ada yang buruk dari saya, elakkan. Jika ada yang baik dari saya, contohilah. Namun, saya tak mahu diri saya dijadikan ikutan, kerana kita punya cara masing masing membahagiakan insan yang disayangi dalam hidup.

Kami dari GLAM Lelaki mengucapkan semoga perhubungan ini dibawa ke atas pelamin dan kalian berdua bahagia hingga ke akhir hayat.

Ihsan foto: @hafizmahamad @radziaziz

Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 Januari 2017 @wanmohdfirdaus

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut