Skip to content

MADS MIKKELSEN X MARC O’POLO SPRING ’17

Kongsikan artikel ini

Bintang Hollywood yang terkenal dengan watak Dr. Hannibal Lecter dalam siri tv hit Hannibal, Mads Mikkelsen menjadi wajah rasmi untuk kempen Marc O’Polo koleksi spring 2017 untuk pakaian lelaki. Ternyata wajah misteri dan aura furutistik milik Mads menjadi taruhan jenama pakaian gergasi ini yang sentiasa inginkan kelainan dan keluar dari kepompong kebiasaan.

Marc-OPolo-2017-Spring-Summer-Campaign-001

Buat pakaian wanita pula, supermodel Lara Stone dipilih menjadi rupa eksklusif untuk kempen Marc O’Polo 2017 ini. Jurugambar terkenal Peter Lindbergh meminjamkan sentuhannya untuk gambar dan video kempen ini di mana aktor 51 tahun ini memakai kepelbagaian koleksi jenama ini seperti jaket bomber, parka, serta kemeja berwarna serta banyak lagi.

CmDDmntWYAABW1R

Marc-OPolo-2017-Spring-Summer-Campaign-002

Untuk video eksklusif kempen ini, Peter menangkap mood hitam dan putih bagi menyerlahkan lagi kempen ini di mana Mads menceritakan pengalaman beliau bagaimana terlibat dengan kempen ini serta bagaimana untuk menyerlahkan sisi berbeza yang diingini bagi memenuhi kriteria lelaki Marc O’Polo.

Marc-OPolo-2017-Spring-Summer-Campaign-003

Video kempen tersebut boleh anda saksikan melalui pautan di bawah:

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Februari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut