Malam GLAM Lelaki Alphamen 2016!

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Malam semalam GLAM Lelaki meraikan sembilan orang jejaka yang dinobatkan sebagai jejaka-jejaka alfa dalam industri mereka tersendiri. Alphamen pilihan GL tahun 2016 terdiri daripada: DJ radio, pelawak dan antara pengacara paling laku, Nabil Ahmad; Pengarah Filem Terbaik FFM28, Shanjhey Kumar Perumal; pengasas jenama denim premium Tarik Jeans, Afiq Iskandar; pelakon, produser, pengarah dan duta jenama, Sharnaaz Ahmad; pelakon, pengarah juga peneraju industri teater muzikal, Dato’ Hans Isaac; rapper dan usahawan, Altimet; pengarah, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik FFM28, Pekin Ibrahim; pereka pakaian lelaki, Joshua Fitton; pemenang pingat Olimpik, Azizulhasni Awang.

Upacara meraikan jejaka-jejaka alfa ini telah diadakan di Apex Lounge, Zouk Club dan dihadiri barisan selebriti, pelakon, model dan juga orang-orang penting industri fesyen. Mereka semua hadir dengan menggayakan pakaian mengikut tema untuk #GLAMLelakiALphamen2016: smart denimIt was like the 90’s! Tetamu juga dipersembahkan dengan pameran istimewa oleh penaja utama, BMW dan juga Rimowa. h! Live pula hadir membuat liputan.

Majlis dimeriahkan dengan telatah Sarimah Ibrahim selaku pengacara, tampil dengan trademark lawak selambanya yang menghiburkan. Sebagai pembuka tirai pula, Shawn Lee menonjolkan skil beat-boxing yang memukau untuk menyemarakkan suasana sebelum Sarimah menjemput editor GL, Abdul Aziz Draim untuk menyampaikan ucapan.

Ini diikuti persembahan duet daripada pelapis baru dunia muzik, Harris Baba dan Sarah Fazny, yang mempersembahkan lagu ‘Like I’m Gonna Lose You’ dendangan Meghan Trainor & John Legend, juga ‘Hanya Memuji’ nyanyian asal Shanty & Marcell.

Kemudian, sesi penyampaian plak GLAM Lelaki Alphamen diadakan. Cuma enam daripada sembilan GL Alphamen hadir ke majlis malam itu: Shanjhey dan Azizulhasni berada di luar negara, dan Nabil pula memenuhi tuntutan kerja pada malam yang sama. Selesai sesi ini, Altimet kembali ke pentas untuk menyampaikan tiga buah lagu – termasuk lagu baru “Amboi” yang diterima baik oleh audiens kerana melodi begitu catchy! Persembahan Altimet menutup aturcara rasmi, namun majlis diteruskan dengan setlist DJ Clifford – dengan beberapa seleksi hits ’90-an – yang berjaya mengajak tetamu berdansa.

Majlis bersurai sekitar jam 11:30 malam, dan ketika itu – kekal komited dan terharu dengan pemilihannya sebagai Alphamen tahun ini – Nabil Ahmad tiba-tiba menjelma di arena majlis! “Baru habis job tadi,” ujarnya. “Walaupun lambat dah ni, nak datang juga!” Biarpun suasana sudah lengang, GL berkesempatan menyampaikan plak Alphamen kepada Nabil di hadapan photowall majlis sebagai kenangan.

Oleh: Ai Nazmi Norzaid & Abdul Aziz Draim

1 of 43

The red carpet #GLAMLelaki #GLAMLelakiAlphamen2016

A photo posted by GLAM Lelaki (@glamlelaki) on

1 of 43

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.