Skip to content

MALAYSIA TERSENARAI ANTARA NEGARA PALING KAYA DI DUNIA

Kongsikan artikel ini

Majalah The Global Finance, sebuah majalah yang berpangkalan di kota New York telah menyenaraikan Malaysia di kedudukan ke-49 sebagai negara paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak 27,234 dolar berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, yang diselaraskan mengikut pariti kuasa membeli (PPP). Kedudukan ini sekaligus menyaksikan peningkatan sebanyak 3.9 peratus dalam KDNK per kapita negara berbanding tahun sebelumnya.

(Photo credit: travelog.me)

Laporan yang dikeluarkan pada 13 Februari adalah mengikut data yang diperoleh daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pangkalan Ekonomi Dunia setakat Oktober 2016 serta dinyatakan dalam nilai semasa dolar antarabangsa.

Pendedahan ini juga menunjukkan Malaysia berada di tangga lebih atas berbanding beberapa negara lain seperti Hungary, Rusia dan Thailand, selain pada masa sama meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga paling kaya di rantau Asia Tenggara.

(Photo credit: http://bazantravel.com)

Sementara itu, jiran terdekat bersempadan dengan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei, masing-masing berada di kedudukan ke-4 dan ke-5 sebagai negara paling kaya di dunia. Namun di peringkat Asia Tenggara, Singapura masih mengekalkan kedudukan sebagai negara paling kaya, diikuti Brunei pula di tempat kedua.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Mac 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut