Skip to content

MMSPOT LANCAR APLIKASI PLATFORM GANJARAN DIGITAL

Kongsikan artikel ini

MMspot sebuah Platform Ganjaran Digital dengan jutaan pengguna di rantau asia memperkenalkan aplikasi pengendalian mata ganjaran yang pertama di Malaysia. Bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pengunjung luar negara bagi mencuba sendiri aplikasi terbaru ini dengan mengadakan Ekspo MMspot Experiential di Pusat Pameran Mid Valley, Dewan 3 pada 3 dan 4 Ogos lalu.

Bagi memberi peluang kepada pengguna menggunakan aplikasi ini secara eksklusif, MMspot telah melancarkan pek permulaan dikenali sebagai “SATAY”. Pengguna boleh melanggan pek permulaan ini dengan harga RM100 sahaja dan mendapat e-Baucar bernilai RM300. e-Baucar ini boleh digunakan di platform-platform rakan kongsi MMspot. Melalui penggunaan e-Baucar di platform berkenaan, pengguna boleh meraih lebih banyak mata ganjaran. Pada masa yang sama, mata ganjaran terbabit boleh ditukar semula kepada e-Baucar.

Melalui sistem MMspot, nilai e-Baucar akan meningkat dua kali ganda dengan sistem penukaran mata ganjaran e-Baucar dikenali sebagai e-VCP. Pengguna boleh menikmati sekurang-kurangnya 10% rebat jika menggunakan e-Baucar tersebut. Pengguna juga boleh melakukan pemindahan e-Baucar kepada kawan dan ahli keluarga. Antara platform rakan kongsi sedia ada di aplikasi mereka ialah:

● Platform Beli-Belah Atas Talian – Mbooster e-Baucar (eVM)
● Hiburan & Konsert – MacpiePro e-Baucar (eVP)
● Platform Makanan & Minuman – JioBuddy e-Baucar (eVJ)
● Hartanah – Ridgez e-Baucar (eVR)
● Pendidikan – Evetag e-Baucar (eVE)
● Platform Beli-Belah Di Luar Talian – JioJioGo e-Baucar (eVV)
● Automotif – VeTag e-Baucar (VCV)
● Pelancongan – GoTogether e-Baucar (eVT)

MMspot juga membantu mengendali dan menguruskan mata ganjaran bagi salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Mcalls. Pengguna Mcalls boleh mendapat mata ganjaran sebanyak 7% jika tambah nilai secara sendiri.

Pengguna boleh mengunakan e-Baucar pada mana-mana platform rakan kongsi MMspot seperti Platform Makanan & Minuman di JioBuddy, membeli tiket konsert idola mereka di MacpiePro, Platform Membeli-Belah Atas Talian di Mbooster dan platform-platform yang lain. Aplikasi ini kini boleh dimuat turun di Apple dan Google App Store. Untuk makluman lanjut, sila layari laman web MMSpot.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut