NAFAS BARU “WHERE IS THE LOVE”

Masih ingat single hit dari kumpulan Black Eyed Peas? Lagu Where Is the Love pernah menjadi hit pada tahun 2003 dan kini diberi nafas baru dari segi melodi serta penulisan lirik yang lebih tertumpu kepada sifat kemanusiaan. Apa yang menariknya, bukan sahaja melodinya lebih rancak namun barisan artis yang berkolaborasi juga menjadikan ia lebih berbeza. Antara senarai artis yang turut sama menjayakan lagu ini seperti Jamie Foxx, DJ Khaled, Tory Kelly, Jessie J, dan lain-lain lagi. Pertemuan ahli lama, will.i.am, apl.de.ap, Taboo dan Fergie bagai membawa magis dalam pembawakan lagu ini dalam versi yang baharu. Ikuti dan hayati lirik serta melodinya yang memfokuskan kepada definisi kemanusiaan. #WHEREISTHELOVE (feat. The World)

Tags: , , , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.