Skip to content

NIVEA MEN DAN 11STREET BANGKITKAN JUARA DALAM DIRIMU

Kongsikan artikel ini

Jenama terkemuka penjagaan kulit untuk lelaki, NIVEA MEN, memaparkan Deodoran NIVEA MEN Cool Powder di 11street dan mengadakan promosi seluruh negara sehingga 15 September 2017. Bersama duta jenama dan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri, NIVEA MEN berusaha ke arah memberi sensasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan sungguhpun di bawah keadaan yang paling mencabar untuk kesemua lelaki di Malaysia.

MENAMBAH KEPELBAGAIAN KEPADA PELANGGAN LELAKI

Ketua Pegawai Operasi 11street, Chuljin Yoon berkata: “Akhir tahun lalu kami mendapati lelaki yang tidak pernah membeli-belah dalam talian akan dua kali ganda berkemungkinan untuk membeli barangan secara dalam talian pada tahun ini. Berdasarkan perbandingan antara 2016 dan setakat  tahun ini, kami telahpun melihat peningkatan dua kali ganda dalam pembelian produk penjagaan diri lelaki di 11street. Kini, pada 2017, kerjasama kami dengan NIVEA MEN bukan sahaja akan memperkukuhkan penemuan kami ini tetapi juga menunjukkan bagaimana lelaki hari ini membuat pilihan teliti terhadap produk-produk penjagaan peribadi mereka.

KUASA TALKUM

Disediakan dalam dua format – spray dan roll-on – Deodoran NIVEA MEN Cool Powder diperkayakan dengan mikro talkum partikel dan bersandarkan sistem kawalan peluh yang berkesan, memberikan rasa kekeringan dan tidak melekit sepanjang hari.

Sebagai duta jenama NIVEA MEN, Faiz Subri, yang meraih populariti peringkat antarabangsa menerusi sepakan percuma mengagumkan ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang dalam Liga Super Malaysia 2016 berkata: “Kehidupan sebagai seorang atlet memerlukan saya sentiasa cemerlang. Saya gigih berlatih untuk memberikan prestasi terbaik kepada pasukan dan negara, namun bersamanya, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk sentiasa berasa segar dan dingin. Disebabkan oleh Deodoran NIVEA MEN Cool Powder, saya boleh memberi tumpuan terhadap permainan dan membiarkan kawalan peluh dan bau kepada deodoran yang menakjubkan ini. “

Menghurai lanjut, Ng berkata: “Mempertimbangkan keadaan Faiz Subri dan jutaan lelaki tempatan yang sibuk, kami membawakan penawaran produk kami ke aras seterusnya dengan menjadikan ia mudah diperoleh menerusi 11street. Kami percaya bahawa ia sesuatu keputusan yang betul dalam menjalin kerjasama dengan 11street yang telah menunjukkan kejayaan dalam membantu jenama menembusi dunia dalam talian. Sehubungan itu, kami mempunyai keyakinan dalam kebolehan 11street untuk membantu kami mempertingkatkan capaian kepada pelanggan lelaki di seluruh negara.”

BANGKITKAN JUARA DALAM DIRIMU

Dari sekarang sehingga 15 September 2017, pelanggan 11street akan menerima diskaun 20% untuk setiap pembelian NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml (RM13.52) dan NIVEA MEN Cool Powder Roll On 50ml (RM8.40). NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml dan NIVEA MEN Cool Powder Roll On 50ml masing-masing dijual pada harga RM16.90 dan RM10.50 di di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper seluruh negara.

11street juga menawarkan pek bersama eksklusif pada kadar potongan 30% untuk produk berikut:

  • NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml bersama NIVEA MEN Extra Whitening Mud Foam 100g pada harga RM24.78
  • NIVEA MEN Cool Powder Roll On 50ml dan NIVEA MEN Extra Whitening Foam 100g pada harga RM19.00

Bersempena pelancaran berkenaan, seramai 50 pelanggan berpeluang memenangi baucar Al-Ikhsan yang bernilai sejumlah RM5,000 bagi pembelian minimum bernilai RM15 untuk produk-produk NIVEA MEN menerusi 11street sehingga 15 September 2017.

Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan ini, sila layari pautan ini.

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Ogos 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut