Skip to content

NOKIA BUAT ‘COMEBACK’

Kongsikan artikel ini

Sebelum masuk tahun ini, banyak berita digembar-gemburkan mengenai jenama telefon Nokia yang dikatakan bakal berkubur. Namun, siapa menyangka, Nokia akhirnya membuat ‘comeback’.  Ya, buat pengetahuan Nokia 6 diperlihatkan secara rasmi awal bulan ini dan menjadi peranti pertama Nokia yang dihasilkan oleh HMD Global. Setakat ini Nokia 6 hanya dijual untuk pasaran China dan menerima hampir satu juta pra-tempahan.

Nokia-6-1-800x765

HMD Global selaku pengeluar rasmi telefon Nokia mengesahkan hal ini dimana penjualan Nokia 6 habis selepas 60 saat penjualan dibuka. Wah, nampaknya masih ramai lagi yang mempercayai kualiti jenama vateran ini. Tambahan puka, pihak HMD Global turut menerima 250,000 tempahan sepanjang 24 jam pertama. Not bad at all!

Nokia-6-1-747x420

Nokia-6 (1)

Sedikit spesifikasi tentang Nokia 6, peranti yang memfokuskan aspek kualiti  kamera dan audio ini menawarkan skrin 5.2″ HD, dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 430, RAM 2 GB dan storan 9 GB. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12-Megapixel dan kamera hadapan 7-Megapixel. Mid-range Nokia 6 mula dijual dengan harga sekitar 1699 Yuan (RM1100).

Nokia-6-USB

Walaupun spesifikasinya tidak sehebat Samsung dan Iphone, ini boleh dikira satu permulaan are digital baru buat Nokia bagi menawan semula pengguna-penggunanya.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Januari 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut