Skip to content

“OBSTACLE RUN PLATFORM TERBAIK UJI KETAHANAN DIRI SEORANG LELAKI” – KHAI KAZAMA

Kongsikan artikel ini

Gaya hidup sihat bukan sekadar keperluan, ia adalah trend. Aktiviti melibatkan fizikal giat dianjurkan kini, dan sewajarnya bagi seorang lelaki tuk menyertai, bagi mencabar ketangkasan diri, selain hanya bersenam di gim setiap hari. Khairi Anwar Ishak atau lebih mesra dipanggil Khai Kazama adalah salah seorang darinya, yang kental menyahut cabaran pada setiap halangan di hadapannya. Yang pasti, menyertai beberapa siri OCR (Obstacles Course Run) seperti Spartan Race dan lain-lain menjadikan dirinya lebih kuat dan berstamina. Buat yang masih gusar dan sangsi, ikuti temubual eksklusif GL bersama jejaka atletik ini.

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda? Nama penuh, umur, kerjaya, adik beradik, hobi dan apa saja yang menarik tentang diri anda.

KHAI KAZAMA: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama saya Khairi Anwar Ishak, dan berasal dari Bandar Baru Bangi. Berumur 27 dan bekerja dalam bidang kejuruteraan. Menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari dari United Kingdom. Meminati sukan lasak dan outdoor terutamanya larian berhalang, menyelam dan mendaki. Saya suka mengembara, mengenal budaya dan meminati pulau.

GLAM Lelaki: Sebagai salah seorang social media influencers, anda dilihat menitikberatkan penampilan diri. Ceritakan serba sedikit mengapa penampilan amat penting buat lelaki zaman kini?

KHAI KAZAMA: Saya memegang kuat kepada “first impression” dan cukup menitikberatkan soal penampilan diri bila lepak bersama rakan-rakan atau di tempat awam. Saya lebih suka memakai pakaian yang simple tetapi kemas. Bagi saya, penjagaan diri bagi seorang lelaki amat penting kerana ia mempamerkan personaliti kita bukan sahaja “physical appearance” semata-mata. Bila kita berhadapan dengan orang, ia menunjukkan keyakinan diri dan cara pembawakan diri kita. Ini memudahkan kita untuk meluaskan networking dan mewujudkan interaksi sesama manusia dengan lebih efektif. Satu tip tentang penampilan diri yang boleh saya berikan adalah “know yourself then be yourself”.

GLAM Lelaki: Bagaimana pula dalam soal kecergasan. Anda juga dilihat mempunyai tubuh badan yang tegap dan sihat. Boleh kongsikan dengan kami bagaimana anda mengekalkan bentuk tubuh badan yang ideal?

KHAI KAZAMA: Bagi saya, tip paling mudah untuk mengekalkan tubuh badan yang ideal adalah dengan menjaga rutin pemakanan seharian. Saya akan cuba mengelak dari mengambil makanan berminyak, bergula dan tinggi kandungan karbohidrat. Saya lebihkan sayur-sayuran, pengambilan protein seperti putih telur dan ayam serta ikan yang kaya dengan omega dalam diet harian. Jika kita menjaga pemakanan dengan betul dan ditambah sedikit dengan senaman seperti crossfit dan lain-lain, insya Allah kita mampu memperolehi tubuh badan ideal. Saya amat tertarik dengan satu petikan dimana, untuk kita mengetahui sama ada kita mempunyai tubuh badan yang ideal atau tidak adalah dengan ‘be naked in front of mirror then see it’.

GLAM Lelaki: Ya, salah satu aktiviti kecergasan yang anda ceburi (selain di gim) adalah rutin larian berhalang seperti Spartan Race yang dikatakan kini mendapat tempat di kalangan lelaki-lelaki aktif. Jadi boleh anda kongsikan dengan kami:

Bagaimana boleh terlibat dalam aktiviti ini?

KHAI KAZAMA: Saya mula melibatkan diri sejak Mac lalu. Di awal penglibatan, saya mula mencari penganjur-penganjur yang mengajurkan sukan ini di Malaysia. Ternyata, sukan ini merupakan sukan yang sedang berkembang dan mempunyai pasaran di Malaysia. Spartan Sprint di Semenyih adalah yang pertama saya sertai, diikuti beberapa siri seperti Viper di Genting Highlands dan Shah Alam, Mad Warrior di Cyberjaya dan Spartan Super di Putrajaya. Akan datang adalah Spartan Super dan Sprint di Hong Kong pada November nanti.

Kepuasan yang anda dapat melalui aktiviti ini.

KHAI KAZAMA: Sangat puas! Aktiviti ini bukan sahaja menguji tahap kehebatan fizikal, malah menguji ketahanan mental apabila terpaksa berlari sejauh 13km dengan lebih 28 halangan yang mencabar dan menyempurnakannya dalam masa terpantas tanpa gagal! Saya jadikan aktiviti ini sebagai platform untuk mengukur tahap stamina and kekuatan fizikal setelah berlatih di gim. Sama seperti mereka yang berlatih tinju di gim, kemudiannya bertanding di gelanggang.

Cabaran paling getir pernah dilalui menerusi aktiviti ini.

KHAI KAZAMA: Saya masih ingat lagi kali pertama saya menyertai aktiviti ini. Since that’s first time, everything look new and unexpected. Saya gagal menyempurnakan halangan “vertical rope”. Tali dalam keadaan yang licin berlumpur. Saya melakukan percubaan sebanyak dua kali, dan kedua-duanya gagal lalu terpaksa melakukan denda 30 kali Burpee. Sejak dari itu, saya belajar untuk menyempurnakan “vertical rope” challenge ini dengan teknik yang betul melalui YouTube dan mencubanya di gim. Bagi saya, kegagalan adalah guru kepada kejayaan. Saya juga pernah mengalami kekejangan pada bahagian betis kerana keadaan trek berbukit. Dari situ, saya tahu di mana kelemahan saya dan kini saya banyak berlatih meningkatkan kekuatan pada bahagian betis dengan membuat rutin “Calves Raise” dan juga “Incline jog”. Pengalaman ini benar-benar mengajar saya untuk berlatih dengan lebih kuat dan jangan pernah putus atas. Keep moving dan teruskan berjuang. Bak kata peptah, patah sayap bertongkatkan paruh.  Jadikan cabaran dalam hidup untuk kita terus berusaha bukan berputus asa.

Pencapaian setakat ini.

KHAI KAZAMA: Ia lebih kepada pencapaian peribadi. Saya boleh nampak peningkatan dalam timing dan juga stamina untuk menyempunakan halangan ini. Kali pertama saya menyertai Spartan Sprint, I finished with 2 h 30 min pada jarak 7 KM with 20+ obstacles. Saya kekal dalam 50 teratas untuk setiap acara dan kategori.

GLAM Lelaki: Pada pandangan anda, kenapa seorang lelaki masa kini perlu untuk menyertai aktiviti seperti ini?

KHAI KAZAMA: Bagi saya, aktiviti sebegini adalah satu platform terbaik untuk menguji ketahanan fizikal dan mental. Ia juga memupuk semangat kesukanan dan teamwork dan sesuai bagi para lelaki di luar sana untuk menguji sejauh mana ketahanan fizikal, stamina dan tahap adrenalin mereka.

GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan.

KHAI KAZAMA: Myself. Saya menjadikan diri saya yang dulu sebagai inspirasi saya untuk terus memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih kuat dan berstamina. Saya pernah obes dengan berat badan mencecah 80kg, dan juga pernah skinny pada waktu sekolah, less than 55kg. Saya slowly bangkit, belajar and practice apa yang sepatutnya untuk memperbaiki diri. Saya banyak buat “ try and error” pada diri seperti rutin di gim dan juga pemakanan. Saya sangat memegang kepada prinsip “Compete with other become bitter, compete with yourself become better”

GLAM Lelaki: Rutin kecergasan yang dilakukan selain spartan race?

KHAI KAZAMA: Selain spartan race, saya juga akan mencari peluang dan waktu mendaki. The nearest hill to my house is Broga hill. Jadi saya akan ke sana bila ada masa lapang. Saya sukakan permandangan sunrise dari atas puncak. On daily basis, saya akan ke gim setiap hari, luangkan dalam 1 ke 1 ½ jam untuk kardio dan strength. Selain itu, saya akan buat video inspirasi di Instagram dimana saya akan berkongsi rahsia sihat tubuh badan dan pemakanan serta memberikan kata-kata positif kepada mereka di luar sana.

GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?

KHAI KAZAMA: Mugkin saya masih lagi actif dengan OCR (Obstacle Course Race) tetapi sambil membawa anak-anak sebagai penyokong. Saya juga bercita-cita untuk menjadi jurulatih bagi OCR dan pakar motivasi kepada mereka yang inigin melakukan transformasi dalam bidang kercergasan ini.

GLAM Lelaki:  Tip boleh diberikan kepada mereka yang ingin-ingin berjinak dalam dunia kecergasan.

KHAI KAZAMA:  Challenge yourself and go beyond your limit. Jika kita tidak diuji, kita tidak mampu untuk memperbaiki diri menjadi lelaki yang lebih kuat. Kepada mereaka yang ingin menjinakkan diri dalam OCR ini, anda boleh mula dengan mencari para penganjur aktiviti seperti ini di Malaysia. Jika tidak mampu untuk 10 km as first run, we start with 5-7km. Slowly but surely!  Jaga permakanan, ambil yang baik-baik saja dan sesekali jangan pernah berputus asa.

GLAM Lelaki: Kata-kata terakhir buat semua pengikut-pengikut setia anda

KHAI KAZAMA: Kepada pembaca Glam Lelaki dan pengikut-pengikut saya, jangan pernah berputus asa dan ingat why we start at first. Pastikan kita mencapai matlamat kita dan sesuatu impian atau goal itu perlulah realisitik supaya ia tidak menjadi sesuatu yang membebankan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Oktober 2017

Gambar: Koleksi peribadi Khai dan Instagram (@khaikazama90)

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut