PANDUAN URUSKAN KEINGINAN SEKS KETIKA BERPUASA

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Tidak dinafikan setiap kali tiba  ramadan, kebanyakan isteri akan menolak bila diajak berhubungan. Bagi mereka, hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah. Namun hakikatnya tiada hukum yang melarang untuk lakukan hubungan seksual. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan. GLAM Lelaki kongsikan enam tip untuk kamu uruskan keinginan seks ketika puasa.

1. USAH JADIKAN SEKS SEBAGAI SATU BEBAN
Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan puasa seperti menjadi beban buat kamu terutama isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya kamu tidak mempunyai  masa tidur yang cukup. Tapi janganlah kerana itu kamu menolak hubungan intim kerana ia juga boleh membuatkan hubungan kamu dan suami renggang disebabkan masalah ini.

2. BERSENANG HATI

Kamu tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami. Justeru lakukan ia dengan rasa senang hati kerana memang sudah menjadi kewajipan bagi isteri. Jika dilakukan dengan rasa senang hati pasti akan merasai nikmat sebenar. Jangan sesekali kamu merasa terpaksa untuk lakukannya misalnya suami mahu dan kamu tidak. Kesannya mungkin kamu akan merasa sakit dan tidak puas sepenuhnya.

3. CARI WAKTU BERSESUAIAN
Kamu dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi  suami kamu yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati kamu. Atau boleh dilakukan selepas Tarawih hingga sebelum bersahur. Masanya agak panjang dan kalian boleh nikmatinya. Jika penat, tidur dulu atau lakukan ketika waktu sementara menunggu masa untuk menyediakan hidangan bersahur.

4. QUICKIE SEX
Sedia maklum, mungkin kamu dan suami kedua-duanya bekerja. Pasti kamu keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan hubungan seks. Dek kerana itu, kamu perlu manfaatkan masa yang ada dengan melakukannya sebaik mungkin. Jika kebiasaannya kamu mampu melakukan hubungan seks selama dua atau tiga jam, jadi untuk bulan puasa lakukanlah dengan kadar segera dan cepat. Kadangkala seks quickie yang dilakukan lebih terasa kenikmatannya. Apa yang penting seks tetap dapat dilakukan di bulan puasa biarpun melakukannya secara pantas.

Artikel berkaitan: TERMA SEKS RAHSIA ANDA & PASANGAN PATUT TAHU

5. MANDI BERSAMA
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan puasa dalam keadaan yang singkat. Selain quickie, kamu juga boleh lakukan aktiviti mandi bersama dengan suami. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa ghairah pada isteri. Ia boleh dilakukan sebaik berbuka puasa sebelum kamu bersembahyang Isyak. Gunakan sebaiknya waktu mandi bersama ini dengan saling membelai pasangan untuk merasai lebih kenikmatan.

6. DAPATKAN REHAT SECUKUPNYA
Kamu dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan ketika di bulan puasa. Mungkin kamu boleh tidur selepas sembahyang terawih dan bangun selepas itu untuk lakukan hubungan intim. Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.

7. JAGA STAMINA
Kamu juga diingatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. Ambilah makanan secara sederhana agar tetap bertenaga melakukan hubungan intim selepas berbuka.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Jun 2017

Sumber: COSMOPOLITAN Malaysia

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.