Skip to content

ANSEL ELGORT TERUJA BERADA DI MALAYSIA DAN BAKAL KEMBALI LAGI

Kongsikan artikel ini

Isnin lepas majlis tayangan perdana filem Baby Driver diadakan di Pavilion Kuala Lumpur dan ternyata mendapat sambutan hangat dari pengunjung pusat beli-belah itu berserta ribuan peminat yang menanti di situ. Apa tidaknya, watak utama filem Baby Driver iaitu Ansel Elgort dan Lily James diterbangkan ke Malaysia untuk mempromosikan filem tersebut bersama pengarahnya, Edgar Wright.

Malaysia nights. #BabyDriver

A post shared by Ansel Elgort (@ansel) on

Sebelum majlis tersebut, mereka turut menghadiri sesi sidang media yang mengambil tempat di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Elgort yang terkenal menerusi filem The Fault In Our Stars mengaku yang dia menikmati pengalaman memakan durian berserta nangka ketika dibawa melawat beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur malah berjanji akan kembali lagi ke Malaysia.

Bahkan, mereka turut sempat melawat kuil di Batu Caves dan Chin Swee Caves di Genting Highlands. Ansel juga tidak ketinggalan merakam gambar aksinya di Malaysia di laman instagramnya. Kedatangan selebriti popular ini di Malaysia mula mendapat perhatian ramai pabila Ansel sendiri memuat naik beberapa keping gambar pengembaraannya ke Malaysia.

Making Malaysian friends ❤️ ?

A post shared by Ansel Elgort (@ansel) on

Filem Baby Driver akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 Julai ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Julai 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERGELAR PEMINAT TEGAR BTS

10 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERGELAR PEMINAT TEGAR BTS

Bacaan Lanjut
WAJAH SETH ROGEN TANPA JAMBANG MENCETUSKAN PERBUALAN HANGAT!

WAJAH SETH ROGEN TANPA JAMBANG MENCETUSKAN PERBUALAN HANGAT!

Bacaan Lanjut

MACAM-MACAM! ANSEL ELGORT KONGSI GAMBAR BOGEL UNTUK KUTIP DANA COVID-19

Bacaan Lanjut

YANG BERGAYA DI KARPET MERAH GOLDEN GLOBE 2020

Bacaan Lanjut

10 SELEBRITI HOLLYWOOD LELAKI PALING BERGAYA DI MET GALA 2017

Bacaan Lanjut

10 AKTOR KELAS A BERSUARA MERDU

Bacaan Lanjut