Skip to content

PIZZA HUT REALISASIKAN TEMPAHAN PIZZA MENGGUNAKAN KASUT

Kongsikan artikel ini

Wah, lain benar strategi pemasaran terbaru Pizza Hut yang khabarnya kini merealisasikan tempahan pizza hanya dengan menggunakan kasut. Biar betul! Ya, Pizza Hut telahpun memulakan kempen pemasaran baru yang memberikan tumpuan kepada kasut ciptaan khas dan eksklusif di mana pengguna boleh menempah atau pun membeli pizza hanya dengan menekan sebuah butang.

Memperkenalkan The Pie Tops. Kasut erwarna gabungan putih dan merah ini mempunyai logo Pizza Hut di belakangnya. Ia dikuasakan oleh sistem Bluetooth pada lidah kasut yang boleh disambungkan melalui aplikasi pintar Pizza Hut, di mana apabila anda menekan butang yang disediakan, dua pizza dengan harga USD9.77 akan sampai ke rumah anda.

Yang menariknya lagi, kasut ini dilengkapi dengan teknologi geo-lokasi yang membolehkan penghantar piza untuk mengesan kedudukan pelanggan di mana sahaja mereka berada. Namun khabarnya, cuma 64 pasang kasut sahaja dihasilkan dan ia direkakan khas oleh pembuat kasut kustom terkemuka, Shoe Surgeon.

Berdasarkan kenyataan naib presiden media dan pengiklanan Pizza Hut, David Daniels, ‘pizza menjadi makanan atau snek pilihan terutama sekali sewaktu musim kejohanan bola keranjang NCAA, dan kasut istimewa jimat-masa ini akan memastikan anda dapat menempah pizza tanpa  terlepas apa-apa momen sewaktu aksi March Madness nanti’.

Masih belum dapat gambaran jelas bagaimana kasut ini beroperasi? Tekan pautan di bawah di mana bekas pemain NBA, Grant Hill menerangkan penggunaannya. Malangnya, kasut ini hanya dijual di Amerika Syarikat. Oh man!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Mac 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut