Skip to content

PUMA IGNITE LIMITLESS X THE WEEKND

Kongsikan artikel ini

Buat penggemar kasut PUMA, ada berita baik untuk anda! Baru-baru ini jenama pakaian sukan gergasi itu melancarkan rekaan barisan kasut PUMA IGNITE LIMITLESS yang direka khas buat warga kota dalam meredah jalanan dengan imej baru yang disesuaikan dalam keadaan sibuk dan lasak. Meminjam wajah ekslusif penyanyi RnB, The Weeknd sebagai duta kempen ini, ternyata pemilihan beliau kena dengan penjenaman PUMA yang mementingkan keselesaan dalam bergerak.

C3GvW4hW8AA-ZdG

puma-ignite-limitless-hi-tech-xtreme-1

#RunTheStreet

Membawkan mesej #RunTheStreet, kasut unik dari PUMA ini mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup warga kota yang sentiasa bergegas dan bergerak. Diinspirasikan dengan idea ‘memenuhi prestasi’, IGNITE  Limitless direka untuk menepati gaya hidup stop-and-go warga kota dengan ciri-ciri bergaya, selesa dan perlindungan sempurna bagi melancarkan apa saja aktiviti.

C17bUMyXcAE-TKB

Tambahan pula dengan reka bentuk keseluruhan yang diinspirasi dari pengaruh streetwear dengan penambahan aksen  prestasi dan teknologi, barisan kasut ini ternyata lebih menawan dengan ketelitian tekstur dan perincian seperti kekemasan buatan, kombinasi matt dan shine serta penjenamaan nama PUMA yang lebih jelas.

puma-ignite-limitless-hi-tech-extreme-hi-tech-00

REDAHAN  HUJAN ATAU MALAM

Apa yang menarik mengenai kasut dari PUMA ini adalah keselesaan yang ditawarkan. Keselesaan si pemakai datang daripada alas kasut PUMA  IGNITE FOAM, kusyen yang menjadi keutamaan PUMA dalam menyerap impak sewaktu ia dipakai. Perlindungan sempurna pada bahagian atas kasut dengan metarial yang diperbuat daripada bahan yang membolehkan kulit bernafas memberikan keselesaan dinamik dan keseluruhan pada kaki.

Tambahan pula, ia juga dilengkapi dengan PU dan Kevlar, elemen khas mengelakkan kebasahan ketika meredah hujan atau lopak air di bahagian atas kasut.

ignite-01_02_PNA

IGNITE Limitless Hi Tech

IGNITE_01_02_PNA

Extreme Hi Tech

 

#PUMA IGNITE  Limitless Hi Tech ini didatangkan dengan dua variasi iaitu IGNITE Limitless Hi Tech dan Extreme Hi Tech dan boleh didapati di Crossover Sunway Pyramid dan Sole What Midvalley pada harga runcit RM810 dan RM910.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Februari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut