Skip to content

RAKAM DAN RAIKAN MOMEN INDAH BERSAMA EOS M50

Kongsikan artikel ini

Sayang sekali jika anda terlepas merakam momen-momen indah bersama rakan dan keluarga, bukan? Apatah lagi detik-detik indah tidak selalunya berulang bukan? Dengan kamera terkini dari CANON, anda tidak perlu risau lagi. CANON baru-baru ini melancarkan kamera EOS M50 yang amat sesuai digunakan untuk meraikan detik-detik berharga dengan fungsi-fungsi seperti video 4K dan 4K image-grab.

Yang pasti ia sangat mudah untuk digunakan terutama sekali buat mereka yang baru pertama kali mengendalikan kamera berupa SLR. Selain itu, dengan kemunculan kamera ini, sudah semestinya ia dapat memupuk budaya fotografi sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang positif dan menggalakkan pembaca mempertimbangkan kepentingan menangkap momen-momen yang paling berharga untuk disimpan dan dikenang.

KEJELASAN DAN KETEPATAN TERBAIK

Memastikan kepentingan untuk merakam detik-detik indah dalam kehidupan, CANON EOS M50 semestinya peranti fotografi yang patut untuk dimiliki oleh semua. Dengan kemudahan penggunaan dan mesra pengguna, wajarnya kamera ini digunakan bagi menangkap momen yang tidak boleh untuk anda lepaskan dengan kejelasan dan ketepatan yang terbaik.

Mana tidaknya? Dengan keupayaan merakam video berdefinisi tinggi 4K pertama Canon melalui EOS Movie dengan kadar bingkai yang tinggi pada tahap 120p HD serta time lapse dalam 4K. Selain itu, setiap foto diambil dengan resolusi tinggi boleh diekstrak daripada rakaman yang diambil melalui fungsi Frame Grabnya.

Kamera Canon pertama yang dipasang dengan pemproses DIGIC 8 Image baru, yang digabungkan dengan sensor CMOS berukuran 24.1 megapiksel APS-C membolehkan pengeluaran kualiti imej standard tertinggi, walaupun dalam suasana yang terang mahupun malap. Juga, dengan pemprosesan pengimejan baru DIGIC 8, Dual Pixel CMOS AF – auto-fokus dan penjejakan prestasi turut dipertingkatkan.

SPESIFIKASI TERUNGGUL

Selain dari menawarkan ketepatan dan kejelasan terbaik kala merakam video mahupun menangkap gambar, pelbagai spesifikasi unggul turut ditawarkan melalui model ini. Antaranya :-

  • Sambungan lancar melalui Wifi, NFC, atau Bluetooth, membolehkan perkongsian mudah melalui sambungan malar pada penggunaan kuasa yang rendah untuk memudahkan muat naik dan berkongsi foto dan video di mana saja anda berada. Hebat bukan?
  • Monitor LCD pelbagai sudut yang membolehkan fleksibiliti dalam pelbagai sudut semasa merakam, membolehkan ketepatan dan kawalan.
  • Autofokus sentuh dan seret (touch and drag) membolehkan pengguna memilih dan menukar gambar dengan lancar.
  • Mod senyap membolehkan penggambaran pada saat-saat senyap.
  • Area AF yang lebih tinggi membolehkan anda menikmati ketepatan dalam bergambar dan merakam
  • Peningkatan Dual Pixel Auto Focus CMOS untuk rakam video HD
  • Ciri penstabilan lima paksi terbina dalam memastikan penangkapan video yang lancar dan tegas.
  • Datang dengan 2.36 juta dot Electrical Viewfinder (EVF), menjamin gambaran imej yang sangat tepat dari apa yang dilihat oleh sensor kamera, merakam dan menangkap imej tanpa gangguan silau walaupun di bawah sinar matahari yang cerah.

DI Malaysia, EOS M50 dijual dengan dua variasi warna iaitu hitam dan putih, dalam tiga kombinasi iaitu:

  • RM2,799 – badan sahaja
  • RM3,199 – bersama lensa EF-M 15-45mm IS STM
  • RM4,299 – bersama lensa EF-M 15-45mm IS STM & EF-M 55-200mm IS STM

Turut tersedia di stor rasmi CANON di LAZADA. Layari https://www.lazada.com.my/shop/canon-official-store-/ atau lawati mana mana Canon Image Square atau pengedar sah di seluruh negara.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 April 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut